ASB dan loan kereta merupakan topik yang hangat sebenarnya. Di pihak agent ASB mengatakan loan kereta tidak penting. Manakala di pihak sales advisor yang menjual kereta pula, ASB menggangu Debt Service Ratio (DSR) anda.
Jadi persoalannya siapa yang betul dan bagaimana nak gunakan kedua-dua instrumen kewangan ini supaya dapat menambah nilai dalam kehidupan kita?
Saya banyak memihak kepada sales advisor sebenarnya sebab agen ASB ni fikir sekurang-kurangnya ASB memaksa pelanggan menyimpan duit mereka dan nilai kereta akan berkurangan dengan banyak pada tahun mendatang.
Pada saya pula, pengurusan kewangan yang baik ber-objektif-kan menambah nilai hidup. Bukannya menyusahkan hidup. Kereta kan banyak kegunaannya. Yang penting kita pandai mengaturkan kereta apa yang sesuai dengan keperluan kita.
Ikuti penjelasan saya di vlog mengenai kesan ASB Financing pada loan kereta.
Bagi yang meminati penulisan pula, boleh lihat penulisan saya di bawah ini mengenai ASB dan Loan Kereta.
KONSEP ASAS ASB FINANCING
ASB Financing merupakan satu pinjaman ataupun loan. Jadi ia merupakan satu komitmen bulanan yang dikira oleh bank.
ASB yang biasa pula lain sifatnya. Sifatnya merupakan satu saving ataupun tabung.
BAGUS ATAU TIDAK BILA ASBF JADI SATU KOMITMEN BULANAN?
Ada track record dalam CCRIS Report
Ia bersyarat, ASB mestilah lebih dari setahun untuk dikira sebagai track record. Jika kurang, masih dianggap sebagai bukan track record. Orang yang tidak mempunyai sebarang loan dengan bank selalunya akan bermasalah dengan tiada track record atau dipanggil CCRIS Kosong dalam bahasa bank.
Jika tiada track record, kebiasanya bank akan minta tambah penjamin atau loan akan dikurangkan.
CARA GUNA ASB SEBAGAI INCOME UNTUK LOAN KERETA
Bila apply loan dengan bank, sertakan sekali ASB Statement. Tunjuk jumlah dividen yang dapat dalam setahun. Bank tak akan kira sepenuhnya sebagai income anda tetapi bank hanya kira 20% ke 60% sahaja bergantung pada bank yang anda apply.
KESAN ASB PADA LOAN KERETA JIKA KURANG DARI SETAHUN PINJAMAN
Ada beberapa perkara yang akan menggangu scoring loan anda. Antaranya ialah Debt Service Ratio (DSR), Net Disposable Income (NDI) dan balance gaji bersih.
Untuk yang bergaji kasar RM2,000 sahaja dengan anggaran bulanan ASB RM500, ini yang akan berlaku:
Basic RM2,000 – EPF Socso RM200 – ASB RM500 = Maksimum bulanan kereta RM300
Sama ada anda sediakan pendahuluan untuk selari dengan bulanan RM300 atau anda sediakan penjamin ibu bapa atau pasangan.
NASIHAT
Jika anda nak ambil ASBF pastikan anda pasti dengan perancangan kewangan anda untuk masa hadapan. Peruntukan secukupnya berdasarkan gaji anda jika anda hendak membeli rumah atau kereta.
ASBF bagus jika perancangan anda bagus. Ambil pinjaman berdasarkan kemampuan dan perancangan anda.
Apa kata anda mengenai isu ini dan jika anda ada soalan, boleh komen di bawah.
Semoga bermanfaat.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!