cara dapatkan ccris report dengan pantas!

PERHATIAN: CARA-CARA MENDAPATKAN CCRIS REPORT ANDA

Jam 730 pagi. Sedang saya menyusun dokumen-dokumen permohonan pinjaman kereta Perodua  untuk dihantar ke bank pagi tadi, saya menerima satu mesej WhatsApp.

“Assalamualaikum tuan, minta maaf menggangu pagi-pagi ni. Tuan boleh tolong check-kan ccris report saya tak?”

Dengan pantas saya membalas, ” Waalaikumusalam, maaf tuan. CCRIS Report hanya boleh diakses oleh Bank Negara untuk tujuan persendirian. Walaupun bank check CCRIS Report tuan semasa tuan apply loan tetapi bank itu sendiri tak boleh mendedahkan Report tuan kepada tuan.”

“Jadi, macam mana tuan?”

“Tuan, boleh tengok cara nya di website Bank Negara.” balas saya ringkas.

“Baik, terima kasih.”

Ini bukan pertama kali saya menjawab pertanyaan seperti ini. Mungkin mereka masih ingat saya bekerja di bank dan ingin meminta pertolongan. Saya tidak salahkan mereka. Jadi saya menulis kali ini untuk memberitahu bagaimana caranya untuk mendapatkan  report anda sendiri.

Cara 1 dapatkan CCRIS report:

Yang paling mudah ialah beli terus dengan CTOS. RM26.50. Apa tu CTOSCTOS merupakan satu syarikat Malaysia yang mengumpul maklumat-maklumat individu. Dah 20 tahun dah dalam bisnes kumpul maklumat ni. Sumber-sumber maklumat yang CTOS gunakan termasuklah notis undang-undang dalam akhbar, carian di SSM, warta dan penerbitan kerajaan, carian di Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, carian di pendaftar pertubuhan, maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang/litigators/penyokong perdagangan, dan maklumat sukarela yang diberikan oleh individu itu sendiri. Anda kena ada akaun dengan CTOS. Lepas tu beli je.

Klik sini untuk ke website CTOS.

Cara 2 dapatkan CCRIS Report:

Walk in ke Bank Negara atau Cawangan Bank Negara yang berdekatan dengan tempat anda. Ini senang tapi ramai yang tak dapat buat sebab tak ada kesempatan waktu. Masing-masing bekerja. Hanya individu tu sendiri yang boleh dapatkan  Report mereka. Bagi orang lain pegang IC and pergi check tak boleh. Even kiosk kat bank negara tu kena buat pengesahan cap jari. Kalau pergi kaunter, bawa IC, lesen atau sijil lahir.

Cara 3 dapatkan CCRIS Report:

Pos, faks atau email permohonan anda ke bank negara. Anda perlukan borang permohonan laporan kredit, borang pengisythiran, salinan jelas IC depan belakang, dua dari dokumen ni ( lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit, penyata KWSP). borang permohonan laporan tu boleh download dan isi. Lengkap semuanya, paling senang email saja la kat BNM.

Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

Alamat: BNMTELELINK dan Pejabat Wilayah, Tingkat Bawah, Blok D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur

Faks: +603 2174 1515

Cara 4 dapatkan CCRIS Report:

Antara kelebihan yang ada pada saya dan team saya ialah kami boleh direct check CCRIS Report. Hubungi kami.

Ini empat cara untuk dapatkan CCRIS Report anda dan salah satu step dalam semak kelayakan anda. Ada Report depan mata memang senang cerita. Kalau tak lulus loan pun kita boleh faham kenapa. Kalau tak faham, boleh tanya saya. Ha, ni baru betul betul nak tanya. hehe

Kalau rasa dapat manfaat dari artikel ni jangan lupa share ye. Bagi orang lain pun tau sama. Jangan kedekut ilmu. Anything, komen kat bawah ye.

Semoga bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This