Banyak persoalan mengenai gaji minimum beli kereta dan ia tak seringkas yang anda fikirkan. Anda boleh tonton vlog atau rujuk penulisan saya di bawah.
- Apakah perbezaan gaji pokok (basic salary). gaji kasar (gross salary) dan gaji bersih (net salary)?
- Jadi gaji yang mana satu Bank akan nilai? Gaji bersih, gaji kasar atau gaji pokok?
- Gaji Minimum Untuk Beli Kereta bagi Individu Berpendapatan Tetap:
- Gaji Kasar (Gross Salary) Minimum Untuk Beli Kereta bagi Individu Berpendapatan Tidak Tetap (Variable Earner)
- Apakah Gaji Bersih (Net Salary) Minima yang Bank Terima?
- Apakah Elaun Yang Tidak Diambil Kira Oleh Pihak Bank?
- Adakah Bank Mengira Bonus?
- Debt Service Ratio (DSR)
- KESIMPULAN
- APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
Apakah perbezaan gaji pokok (basic salary). gaji kasar (gross salary) dan gaji bersih (net salary)?
Gaji Pokok (Basic Salary)
1. Gaji pokok atau “basic salary” ialah gaji asas yang diberi oleh pihak syarikat. Jumlahnya tetap setiap bulan.
Gaji Kasar (Gross Salary)
1. Gaji Kasar atau “gross salary” ialah jumlah keseluruhan gaji yang anda terima untuk bulan-bulan yang berlainan.
2. Jumlah keseluruhan gaji kasar termasuklah gaji pokok + elaun / overtime (OT) / Komisyen ( Commision) / Claim / Bonus
Gaji Bersih (Net Salary)
1. Gaji bersih atau “net salary” ialah jumlah yang tinggal selepas ditolak perbelanjaan anda.
2. Perbelanjaan ini bermaksud KWSP , SOCSO, Tax dan lain-lain lagi.
3. Formulanya ialah Gaji Kasar – Perbelanjaan = Gaji Bersih
Jadi gaji yang mana satu Bank akan nilai? Gaji bersih, gaji kasar atau gaji pokok?
1. Jawapannya ketiga-tiga gaji bank akan diambil kira dalam permarkahan (scoring) anda.
2. Secara umumnya pendapatan individu terbahagi kepada dua iaitu individu berpendapatan tetap (fixed earner) dan individu yang berpendapatan tidak tetap (variable earner)
Gaji Minimum Untuk Beli Kereta bagi Individu Berpendapatan Tetap:
1. Gaji Pokok (Basic Salary) = RM2,000 tanpa komitmen lain
Untuk individu jenis berpendapatan tetap ialah RM2,000 jika individu itu tidak mempunyai elaun tetap yang lain.
2. Gaji Pokok (Basic Salary) + Elaun Tetap (Fixed Allowance) = RM2,000 tanpa komitmen lain.
Selalunya untuk yang bekerja kerajaan, elaun tetap banyak tetapi gaji pokok dalam linkungan RM1,500. Jangan risau. Bank masih terima selagi gaji pokok dan elaun tetap anda melebihi RM2,000.
3. Gaji Pokok +(( Elaun Tidak Tetap ( Variable Allowance) x 75% )) = RM2,000 tanpa komitmen lain.
Untuk individu yang ada elaun seperti bayaran kerja lebih masa (overtime), maksimum yang bank boleh terima ialah 75% dari jumlah bayaran “overtime” anda. Contohnya anda overtime anda untuk bulan ini ialah RM100. Maksimum yang bank boleh kira dan masukkan dalam pengiraan gaji anda ialah RM75. Jadi katakanlah gaji pokok (basic salary) anda ialah RM1900. Pengiraannya seperti dibawah:
RM1,900 + RM75 = RM1975
Setiap bank lain peratus overtime yang diambil. Ada bank yang hanya ambil 40% sahaja. Maksimum yang saya jumpa ialah 75%. Untuk selamat, anda boleh membuat pengiraan dalam 60% sahaja.
Gaji Kasar (Gross Salary) Minimum Untuk Beli Kereta bagi Individu Berpendapatan Tidak Tetap (Variable Earner)
1. Gaji Pokok + (Elaun Tidak Tetap x 70%) = RM2,000 tanpa komitmen lain
2. Elaun tidak tetap seperti komisyen jualan, bank hanya kira 70% ke bawah sahaja. Cara pengiraannya ialah ambil 6 bulan slip gaji anda. Tambahkan semua komisyen yang anda dapat dan bahagikan dengan 6 untuk mendapat purata komisyen yang anda dapat setiap bulan. Kemudian darabkan dengan 70% dan tambahkan kembali dengan gaji pokok anda jika ada. Contoh pengiraan:
Gaji pokok = RM1000
Komisyen Januari = RM2,000
Komisyen Februari = RM3,000
Komisyen March = RM4,000
Komisyen April = RM1,000
Komisyen May = RM3,000
Komisyen Jun = RM2,000
Jumlah keseluruhan = RM15,000 untuk tempoh 6 bulan
RM15,000 / 6 bulan = RM2,500 purata komisyen yang diterima setiap bulan.
RM2,500 x 70% = RM1750
RM1,000 + RM 1,750 = RM2,750 purata gaji setiap bulan.
3. Jadi gaji yang bank kira untuk dimasukkan ke dalam sistem ialah RM2,750 untuk individu ini.
Apakah Gaji Bersih (Net Salary) Minima yang Bank Terima?
1. Gaji bersih yang bank terima ialah selepas anda tolak epf, socso, dan komitmen lain seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta baru, gaji bersih anda hendaklah melebihi RM1,000 dan ke atas.
2. RM1,000 ialah jumlah minimum untuk individu yang tinggal di kawasan kampung. Untuk yang tinggal di bandar sekurang-kurangnya RM1,200. Ini dipanggil kos sara hidup atau living cost. Ada bank yang berlainan living cost seperti Public Bank RM1000, Bank Rakyat RM1600.
3. Dari sudut pandangan bank, jika diberi pinjaman untuk individu yang bergaji kurang dari RM1,000 bagaimana individu tersebut mahu membayar kos membela kereta. Kos membela kereta ialah kos servis, kos bayaran bulanan kereta, kos tol, kos parking, kos roadtax & insurance, kos minyak.
4. Kos untuk hidup individu itu seperti makan, minum, tempat tinggal, telefon sudah dalam anggaran RM1,000 minimum. Jika individu itu sudah berkahwin, lagi tidak logik jika masih memberi pinjaman.
Apakah Elaun Yang Tidak Diambil Kira Oleh Pihak Bank?
1. Elaun yang tidak diambil kira ialah elaun seperti elaun pengangkutan, elaun telefon, dan klaim (claim).
Adakah Bank Mengira Bonus?
1. Ada bank yang kira dan ada bank yang tidak mengambil bonus sebagai pendapatan.
2. Kiraan untuk bonus ialah Bonus x 60% = Jumlah akhir bonus.
Debt Service Ratio (DSR)
Step 1: Check di CCRIS apa commitment yang anda ada.
Contohnya, jika di CCRIS anda ada loan rumah, loan kereta, atau credit card. Senaraikan.
Step 2: Kira bayaran bulanan setiap commitment di CCRIS.
Campurkan loan rumah, loan kereta atau credit card. Jumlahkan kesemuanya.
Step 3: Check di loan calculator berapa commitment bulanan untuk kereta baru anda.
Masukkan jumlah loan dan bukannya harga kereta.
Step 4: Tambahkan commitment baru
Commitment Baru + Commitment lama = TOTAL A
Step 5: Kira Gaji Bersih
(Gaji Kasar + Allowance + OT) – (EPF + SOCSO) = TOTAL B
Step 6: Pendapatan Lain
Jika anda ada pendapatan bulanan lain contohnya bisnes, rumah sewa, fixed deposit dan lain.
bisnes + sewa rumah = TOTAL C
Step 7: TOTAL B + TOTAL C = TOTAL BC
Step 8: Kira Debt Ratio
TOTAL A / TOTAL BC X 100% = Debt Ratio
Debt ratio menentukan hutang yang anda ada compare dengan gaji anda.
Kebanyakkan bank menetapkan jumlah maximum debt ratio sebanyak 70%.
Jumlah debt ratio yang sihat adalah 40% – 60%.
KESIMPULAN
Gaji minimum beli kereta sebenarnya satu soalan yang sangat general. Anda harus kira berdasarkan formula yang saya bagi dan anda sendiri akan dapat jawapannya. Selepas itu baru anda fikir kereta apa yang sesuai dengan kelayakan gaji anda.
Anda ada sebarang soalan? Jemput tanya di ruang komen di bawah. Saya suka orang yang banyak bertanya ni.
Semoga Bermanfaat.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!