INTEREST RATE LOAN KERETA
Interest rate kereta yang bank beri kepada peminjam loan kereta. Ini topik yang akan kita bincangkan pada kali ini. Sangat penting dan sangat bermanfaat untuk anda.
- INTEREST RATE LOAN KERETA
- Kenapa kena ambil tau berkenaan interest rate kereta?
- Berapa interest rate selalunya bank beri untuk new national car iaitu Proton dan Perodua?
- Berapa interest rate yang bank selalu beri untuk new non-national car iaitu kereta import seperti Toyota, Honda dan Nissan?
- Berapa interest rate yang bank selalu beri untuk kereta secondhand ataupun kereta terpakai?
- Fixed Rate dan Variable Rate, mana yang nak pilih?
- Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interest rate yang anda dapat?
- Tips MAHAL untuk mendapat interest rate loan kereta yang murah dari bank.
- Shopping Interest Rate Loan Kereta
- Penutup
Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Assalamualaikum dan Hi!
Kenapa kena ambil tau berkenaan interest rate kereta?
Sebab yang pertama ialah anda akan tau perbezaan interest rate yang bagus dan interest rate yang tidak. Kedua, anda akan meminimakan pembayaran interest rate pada bank untuk jangka masa panjang. Sebab ketiga ialah tidak lah anda terkejut jika selepas 3 atau 5 tahun, bank tiba-tiba hantar surat yang menyatakan bayaran bulanan kereta anda naik disebabkan anda dapat variable interest rate dulu.
Berapa interest rate selalunya bank beri untuk new national car iaitu Proton dan Perodua?
Selalunya bank akan beri dari 3.0% sehingga ke 4.2% untuk kereta baru Proton dan Perodua.
Jadi jika anda dapat interest rate dari 3.0% hingga 3.3% itu masih dikira sebagai murah dan bagus.
Proton dan Perodua juga berkerjasama dengan bank untuk bank menawarkan interest rate yang murah dari biasa untuk beberapa model mereka bagi melariskan jualan model yang baru keluar itu.
Jika anda membeli Perodua Aruz, Perodua Ativa, Proton X50 atau Proton X70 anda akan menikmati kadar penjimatan yang luar biasa dari segi interest rate kerana bank menawarkan interest rate dari 2.5% sehingga 2.7%. Maklumati ni valid sehingga hari saya menulis ini.
Sangat murah untuk new national car. Jadi anda boleh pertimbangkan untuk membeli model-model yang terpilih dari Proton dan Perodua.
Berapa interest rate yang bank selalu beri untuk new non-national car iaitu kereta import seperti Toyota, Honda dan Nissan?
Selalunya bank akan memberi interest rate dari 2.3% sehingga 2.8%. Interest rate kereta import lebih murah dari kereta kebangsaan dari dulu dan saya tak tau kenapa.
Berapa interest rate yang bank selalu beri untuk kereta secondhand ataupun kereta terpakai?
Selalunya bank akan memberi interest rate dari 3.5% sehingga 5%.
Berapa interest rate yang bank selalu beri untuk kereta recond atau kereta import terpakai?
Sama juga seperti kereta non national, bank beri 2.3% sehingga 2.8%.
Fixed Rate dan Variable Rate, mana yang nak pilih?
Fixed rate adalah interest rate yang tetap sepanjang tempoh pinjaman anda. Jadi bayaran bulanan anda tidak akan berubah.
Variable rate pula interest rate yang boleh berubah sama ada lebih murah atau lebih mahal. Jadi bulanan anda boleh berubah dari masa ke masa. Tetapi janganlah risau, bank tidak akan mengubah interest rate sesuka hati dan surat akan dihantar kepada anda. Ada kelebihan menggunakan variable rate ni.
Pilih yang mana anda selesa. Jika anda tidak mahu bayaran bulanan anda berubah, pilih fixed rate. Jika anda senang berurusan dengan bank anda walaupun menawarkan variable rate, pilih variable rate.
Penghujungnya tiada beza yang ketara sangat dari berapa jumlah RM yang anda bayar untuk interest rate pada bank.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interest rate yang anda dapat?
Policy Bank
Setiap bank ada polisi masing-masing untuk beri berapa interest rate kepada pelanggan mengikut kategori seperti kereta baru, kereta import, kereta terpakai dan kereta import terpakai berpandukan guideline dari Bank Negara.
Promotion
Bank juga ada menawarkan promosi untuk sesetengah produk. Contohnya interest rate untuk Skim Graduan mungkin berbeza untuk interest rate loan biasa.
SCORING
Faktor ini sangat dititikberatkan oleh bank kerana ia merupakan alat yang bank guna untuk menilai risiko. Saya beri contoh mudah untuk scoring ini seperti gred exam. Ada pelanggan gred A, B, C dan D. Pelanggan paling berisiko kategori D. Jadi interest rate dia mungkin akan tinggi sedikit berbanding gred lain. Selain dari itu, scoring ini juga digunakan semasa promosi atau policy. Contoh untuk mendapatkan interest rate promosi 2.95%, pelanggan perlu mendapat gred A atau B.
Tips MAHAL untuk mendapat interest rate loan kereta yang murah dari bank.
- Semasa anda memohon pinjaman loan kereta, anda boleh meminta pada bank untuk mendapatkan interest rate murah. Jika gred anda bagus dan manager okay, anda boleh dapat.
- Beritahu pada Bank B yang Bank A dah luluskan loan anda dan dapat interest yang lebih murah dari apa yang Bank B tawarkan. Jika Bank B mahu anda mengambil loan dengan Bank B, Bank B akan tawarkan interest rate yang lebih murah. Manager akan membuat keputusan nanti. Persaingan antara bank ni hebat tau. Satu Dealer ada lebih daripada seorang Marketing Officer dari Bank yang sama. Cuba bayangkan persaingan sengit atau tidak. Jadi kelebihan untuk anda sebagai pelanggan disini.
- Ambil tenure atau tempoh pinjaman yang lebih singkat. Ini dapat mengurangkan jumlah RM yang anda perlu bayar pada bank untuk interest.
- Ada downpayment semasa membeli kereta. Ini akan mengurangkan jumlah loan yang anda ambil dan seterusnya mengurangkan kadar faedah yang perlu anda bayar pada bank.
Shopping Interest Rate Loan Kereta
Ha, mesti tak tau boleh shopping di bank. Sangatlah rugi jika anda tidak banding-bandingkan dulu interest rate dari beberapa bank dan tak request interest rate murah pada mereka. Paling tidak, bandingkan interest rate dari 3 bank. Homework yang sedikit anda buat ini mungkin dapat menjimatkan ratus atau ribu duit anda. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk sign agreement ye. Anda boleh bermula dari sebelum apply loan lagi. Call bank satu-satu dan check interest rate yang mereka tawarkan.
Penutup
Membeli kereta merupakan satu keputusan financial yang besar kerana melibatkan pinjaman yang berjumlah puluh ribu dan ratus ribu. Jadi sebelum anda membuat keputusan membeli kereta, lakukan homework sebaiknya. Jika anda nak tahu interest yang murah pada waktu sekarang, jangan segan hubungi saya ataupun team saya. Untuk semak kelayakan loan kereta anda, saya ada sediakan kuiz percuma yang akan berikan anda panduan. Klik dibawah dan semoga bermanfaat. Terima Kasih.
KUIZ SEMAK KELAYAKAN LOAN KERETA
Penulis,
p/s: Jika artikel ini membantu anda, apa salahnya share dan sebarkan pada kawan-kawan.