jenis elaun yang bank kira sebagai pendapatan semasa apply loan kereta.

Jenis elaun dikira pendapatan merupakan satu topik yang menarik disebabkan ramai yang tersilap.

Elaun merupakan satu bahagian yang penting dalam pendapatan anda. Ada bermacam jenis elaun tapi boleh dikategorikan kepada dua jenis elaun. Pertama ialah elaun tetap. Kedua elaun tidak tetap.

Untuk penjelasan dalam bentuk vlog, boleh lihat di bawah:

Untuk penjelasan jenis elaun dikira pendapatan dalam bentuk penulisan, boleh sambung di bawah. Selalunya penulisan ini lebih details penjelasan.

ELAUN TETAP (FIXED ALLOWANCE)

Elaun ini mudah dikenal pasti kerana ia tetap atau fixed dalam slip gaji anda. Selalunya pekerja kerajaan banyak elaun tetap. Contohnya elaun sara hidup.

Untuk mengambil kira sesuatu elaun itu sebagai elaun tetap, bank akan lihat pada 3 bulan slip gaji anda. Jika ketiga-tiga bulan itu, elaunnya sama jumlahnya, tidak kira apa nama elaun itu, tetap dipanggil elaun tetap.

Untuk pengiraan gaji, bank akan mengira penuh elaun tetap anda. Jika elaun tetap anda RM1,000 bank akan tetap mengira RM1000.

ELAUN TIDAK TETAP (VARIABLE ALLOWANCE)

Elaun tidak tetap ialah elaun yang berubah-ubah setiap bulan. Jumlah di slip gaji tidak sama. Contohnya yang paling mudah ialah komisyen dan bayaran kerja lebih masa (overtime).

Untuk individu yang ada elaun seperti bayaran kerja lebih masa (overtime), maksimum yang bank boleh terima ialah 75% dari jumlah bayaran “overtime” anda. Contohnya anda overtime anda untuk bulan ini ialah RM100. Maksimum yang bank boleh kira dan masukkan dalam pengiraan gaji anda ialah RM75. Jadi katakanlah gaji pokok (basic salary) anda ialah RM1900. Pengiraannya seperti dibawah:

RM1,900 + RM75 = RM1975

Setiap bank peratus overtime yang diambil berlainan. Ada bank yang hanya ambil 40% sahaja. Maksimum yang saya jumpa ialah 75%. Untuk selamat, anda boleh membuat pengiraan dalam 60% sahaja.

INI KESILAPAN YANG SELALU TERJADI

Untuk mengambil kira elaun sebagai pendapatan, sifat elaun itu mestilah bertujuan untuk menambah pendapatan peminjam. Jika pendapatan tidak bertambah, elaun itu tidak diterima.

Saya beri contoh mudah. Elaun makan. Sifatnya tidak menambah pendapatan peminjam kerana elaun itu akan digunakan untuk membeli makanan.

Sama juga seperti elaun telefon, kenderaan, claim dan sebagainya.

Jadi penting untuk kita tahu elaun apa yang boleh digunakan sebagai pendapatan di slip gaji kita sendiri. Jangan sampai kesilapan yang kecil ini menggangu peratus kelulusan loan kereta anda.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruang komen.

Semoga bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This