Join income loan kereta atau gabung pendapatan sangat sinonim dengan peminjam yang tidak mempunyai baki gaji yang cukup untuk memohon loan kereta, komitmen tinggi, Debt Service Ratio (DSR) atau Net Disposable Income (NDI) melebihi paras yang dibenarkan bank.
Untuk penjelasan loan kereta join income berbentuk vlog, boleh lihat dibawah:
Untuk penjelasan berbentuk penulisan, boleh teruskan membaca.
Syarat Pertama Join Income Loan Kereta
Syarat Join Income untuk kebanyakan bank kecuali Hong Leong Bank ialah hubungan peminjam dan penjamin ialah ibu bapa, anak atau pasangan.
Hong Leong Bank sahaja yang membenarkan adik beradik sebagai penjamin.
Formulanya ialah 1 + 1 = 2
Contoh mudah ialah gaji brsih peminjam RM1,500 dan gaji bersih penjamin ialah RM1,500.
Rm1,500 + RM1,500 = RM3,000
Jadi jumlah pinjaman boleh yang dipohon boleh tinggi lagi dari peminjam apply dengan hanya menggunakan nama dia sahaja.
Syarat Kedua
Antara syarat lain yang bank terapkan ialah peminjam dan penjamin itu sendiri mestilah mampu untuk membayar bulanan kereta setelah ditolak kos sara hidup.
Contohnya gaji bersih RM1,500, bulanan kereta RM450, kos sara hidup RM1000
Gaji Bersih RM1,500 – Bulanan Kereta RM450 = RM1050
Jadi dalam kes ini, baki gaji peminjam dan penjamin masih melebihi paras minimum kos sara hidup.
Penjamin dan peminjam masih berkemampuan untuk membayar bulanan kereta jika salah seorang dari mereka tidak secara tiba-tiba mendapat kemalangan atau kecemasan yang membuatkan mereka tidak mampu membayar kereta.
Jika gaji anda cukup untuk apply loan kereta Perodua Axia misalnya, akan tetapi anda memerlukan kereta Perodua Alza yang lebih mahal bulananya, anda boleh sediakan penjamin yang berkelayakan untuk join income dengan anda.
Bank boleh mempertimbangkan permohonan pinjaman anda jika pendapatan bersama cukup untuk menampung Perodua Alza tersebut.
Join income ini memerlukan anda mengira dengan teliti gaji anda dan gaji penjamin. Jadi mahirkan dulu cara mengira dan anda hanya perlu tambah atau gabung pendapatan anda untuk mengetahui kelayakan maksima bulanan kereta baru yang anda boleh apply.
Jika ada sebarang persoalan boleh bertanya di ruang komen di bawah. Soalan anda mungkin sama dengan yang lain. Jadi boleh sama-sama belajar.
Semoga bermanfaat.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!