Salam dan Selamat Sejahtera.
Untuk topik kali ini iaitu Penjelasan CCRIS Report merupakan topik yang berat sebenarnya. Jika anda tidak faham atau konfius, boleh bertanya pada banker anda atau pada saya.
CCRIS Report merupakan perkara pertama dalam Checking Bank. Ada bank yang ada 5 checking iaitu CCRIS, CTOS, FIS, RAMCI dan bank record. Jom kita mulakan.
APA ITU CCRIS?
Penjelasan mengenai apa itu CCRIS Report?
Secara ringkasnya CCRIS merupakan credit report. CCRIS digunakan oleh bank dan institusi kewangan untuk menilai status atau kedudukan kewangan seseorang sebelum memberi sesebuah pinjaman.
Sekarang ni banyak orang di reject loan nya disebabkan oleh CCRIS dan mereka sering bertanya apakah jalan keluar dari masalah CCRIS?
Berikut merupakan contoh CCRIS. Rujuk gambar bertanda A, B ,C, D, E, F. Terdapat beberapa maklumat yang penting dianlisis oleh pihak bank:
- OUTSTANDING BALANCE (D & E)
- Loan kereta, loan rumah, overdraft, credit card etc
- Jumlah keseluruhan dan baki untuk setiap loan
- Jumlah keseluruhan pinjaman yang ada
- Part ini digunakan untuk calculate jumlah commitment anda setiap bulan
- SPECIAL ATTENTION ACCOUNT (B)
- Loan yang tidak berbayar
- Banyak orang credit card sangkut kat sini
- Ada special attention account, bank akan stop process kecuali ada settlement letter dan bergantung kepada keputusan manager.
- Jalan keluarnya yang ada ialah settlekan loan tersebut dan minta surat settlement dari bank.
- PREVIOUS INQUIRY (C)
- menunjukkan loan yang pernah di apply sebelum ini.
- include status loan sama ada pending, approve atau reject.
- banyak sangat previous inquiry akan mencacatkan credit report anda. Sebabnya bank akan fikir “customer ni bank lain pon tak bagi pinjaman kenapa aku nak bagi pulak?”
- PAYMENT BEHAVIOUR (F)
- Bayaran yang anda lakukan setiap bulan untuk tempoh setahun
- Sama ada pernah miss, tepat bayar, atau tak pernah bayar
- If ada miss contohnya 1 bulan, so kat situ nanti keluar la “1”
- If ada miss 2 bulan akan keluar “2”
- If banyar cantik akan keluar “0”. maknanya tak pernah ada miss.
- Kat sini banyak orang sangkut dan di reject loan dia.
- 1111111111111111
- 2222222222222222
- 3333333333333333
- contoh seperti ini
PENJELASAN CCRIS REPORT TIPS DAN TRICK
PAYMENT BEHAVIOUR @ ATTITUDE
Disebabkan PAYMENT BEHAVIOUR ramai yang sangkut saya akan ceritakan serba sikit mengenai perkara ini.
1. Sekiranya disitu tercatat “0” sepanjang tahun, Bank akan teruskan process loan anda untuk menilai aspek lain. ( 000000000000)
2. Sekiranya tercatat “1” sepanjang tahun or ada miss sikit-sikit, Bank still akan process kerana akan dianggap sebagai slow payment dan mungkin kerana gaji anda terlepas dari due date loan. (1111111111 atau 110111000000)
3. Sekiranya tercatat “2”, Bank akan kira berapa bulan anda miss. If sepanjang tahun, tak payah apply loan la. Confirm direject. If 2 bulan saja miss, ada Bank yang akan consider dan still process loan (000000220000). If 3 bulan (000202020000) selalunya Bank akan reject.
4. Sekiranya tercatat “3” sepanjang tahun or sekali je pon, Bank akan reject kecuali anda dapat provide reason yang kukuh kenapa loan anda tertunggak 3 bulan.
5. Sekiranya anda tidak pernah buat loan, CCRIS anda tiada rekod. Perkataan famous di antara banker dan salesman ialah “CCRIS Kosong”. Customer yang CCRIS kosong bank selalunya bank akan minta guarantor tapi still bank akan process loan dan check other aspects yang boleh digunakan untuk memperkuatkan sesuatu permohonan loan itu.
OUTSTANDING BALANCE
1. Part ni bank akan kira commitment monthly anda plus commitment monthly baru anda. Kalau lebih dari guideline dorang akan minta tambah guarantor untuk kurangkan commitment.
2. Selalunya commitment yang still boleh consider dalam 70%. Jumlah commitment yang baik adalah dalam jumlah 40% – 60%.
3. Salah satu jalan untuk kurangkan commitment adalah tambahkan deposit dan kurangkan jumlah pinjaman baru. Trade in kereta lama anda juga boleh kurangkan commitment.
4. Kalau tak mahu kurangkan commitment anda kena tambah pendapatan anda. Contohnya tambah fixed deposit, rumah sewa, business, tabung haji, dan lain-lain. Lain bank lain cara penambahan pendapatan.
Selain perkara yang dah kita discuss, CCRIS juga digunakan untuk check details kita contohnya alamat yang kita beri semasa interview sama tak dengan alamat dalam CCRIS.Tarikh kita start buat loan. If pernah buat loan lama dah contohnya 10 tahun ke dan bayar cantik, lagi senang nak lepas loan. Setakat ni itu sajalah secara ringkas yang dapat saya bagi tau. Kalau ada apa-apa persoalan yang tak paham, boleh comment di bawah.
Semoga bermanfaat.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!