ptptn dan loan kereta

PTPTN dan loan kereta. PTPTN sebab loan reject? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan pinjaman paling terkenal dan mudah untuk pelajar universiti atau kolej di Malaysia dapat. Atas sebab itu mudah juga la untuk kita tidak membayar pinjaman yang telah diberi. Dalam penulisan kali ini saya akan mengulas kaitan di antara loan kereta dan PTPTN serta cara menyelesaikannya.

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mengarahkan agar pinjaman PTPTN dimasukkan ke dalam CCRIS Report peminjam. Bagi yang tidak mengetahui mengenai CCRIS Report, rujuk artikel ini. https://ispeedautomotive.com/penjelasan-ccris-report/

Apabila pinjaman PTPTN telah direkodkan ke dalam CCRIS Report, peminjam tiada jalan lain selain daripada melunaskan bayaran pinjaman PTPTN mengikut jadual dan bayaran bulanan yang diberi. Kegagalan membuat bayaran yang konsisten setiap bulan akan mengakibatkan “payment attitude” di dalam CCRIS Report anda tidak bagus.

Perkara pertama yang bank akan rujuk bila mula proses loan kereta anda ialah payment attitude anda dalam CCRIS Report. Jika tidak “prompt” atau tidak konsisten dan terdapat tunggakan, ini akan memberi isyarat bahawa anda bukanlah peminjam yang baik dan secara automatiknya akan mengisyaratkan pada sistem scoring bank untuk memberi markah yang rendah kepada anda.

Okay. Jom tengok semula apa jadi bila anda tak bayar PTPTN:

  1. 12 bulan setelah habis graduate.
  2. Pinjaman PTPTN dah masuk dalam CCRIS Report.
  3. Bayaran tidak diterima atau tidak konsisten.
  4. “Payment attitude” ini dapat dilihat dalam CCRIS Report.
  5. Bank lihat CCRIS Report dan tengok anda bukan pembayar pinjaman yang baik.
  6. Sistem Scoring Bank secara automatik akan bagi markah rendah.
  7. Loan anda tidak dapat diluluskan kerana scoring low.

Jika “payment attitude” dalam mana-mana loan menunjukkan sifat peminjam yang culas dan tidak konsisten untuk membuat pembayaran, bank tidak akan memberi apa-apa jua pinjaman. Walaupun peminjam membayar semua tunggakan bulanan, dia masih perlu menunggu untuk rekod “payment attitude” cantik kembali. Kadang-kadang sampai setahun perlu menunggu untuk cantik kembali rekod. Jadi tak boleh dibuat main.

Tetapi anda jangan bimbang, pinjaman PTPTN merupakan satu pinjaman yang sifatnya sedikit istimewa. Walaupun “payment attitude” anda tidak baik pada mulanya, tetapi setelah melunaskan tunggakan yang ada, anda boleh terus memohon pinjaman baru.

Cuma jika anda kembali tidak membayar setelah selesai bayaran tunggakan bulanan PTPTN, Bank tidak akan menerima permohonan pinjaman baru anda. Ada sesetengah pelanggan yang apabila loan kereta mereka tidak lulus, mereka mula tidak membayar balik PTPTN. Bila nak apply balik loan, bank dah tak bagi peluang approve. Tiada peluang kedua ya. Sekali sahaja dan gunakanlah sebaiknya. Jadi jom teruskan pembacaan artikel PTPTN dan Loan Kereta ini.

Bagaimana bayaran balik pinjaman PTPTN ditetapkan?

  1. Bayaran balik berkuatkuasa selepas 12 bulan anda telah habis pengajian. Walaupun anda tidak menerima sebarang surat dari PTPTN, ia automatik.
  2. CCRIS Report telah mula direkodkan apabila sampai tempoh 12 bulan habis pengajian.
  3. Kos upah dimasukkan pada bulan ke-13.
  4. Peminjam perlu membayar secara konsisten pinjaman PTPTN.

Bagaimana hendak lakukan bayaran balik pinjaman PTPTN?

Bayarannya boleh dilakukan secara bayaran penuh, setengah bayaran ataupun secara bayaran bulanan.

Bagaimana hendak mengetahui sama ada kita mempunyai tunggakkan ataupun tidak?

Terdapat 3 cara:

  1. Semak pada CCRIS Report anda. Boleh rujuk artikel ini jika tidak tahu caranya. https://ispeedautomotive.com/cara-dapat-ccris-report/
  2. Semak dengan PTPTN.
  3. Mohon loan kereta atau apa saja loan. Jika reject, tanya pada bank adakah disebabkan pinjaman PTPTN.

Apakah proses yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tunggakkan pinjaman PTPTN?

PERTAMA: Semak Nama Anda.

Boleh rujuk di atas bagaimana hendak semak.

KEDUA: PTPTN

Ada dua cara hendak berurusan dengan PTPTN. Pertama, anda boleh terus ke cawangan yang berdekatan. Kedua, anda boleh berurusan secara atas talian ataupun online melalui aplikasi WhatsApp. Boleh semak cawangan PTPTN yang terdekat dengan anda dan dapatkan nombor telefon pegawai PTPTN di website PTPTN. Rujuk di sini https://www.ptptn.gov.my/seksyen-khidmat-pelanggan-side. Boleh juga terus bertanya di laman sosial Facebook PTPTN.

Saya mencadangkan anda menghubungi mereka secara online dahulu untuk semak tunggakkan dan dapatkan khidmat nasihat mengenai kemampuan anda untuk membayar pinjaman serta mengenai reschedule payment.

KETIGA: Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Kini anda telah mengetahui jumlah tunggakkan pinjaman PTPTN anda. Terdapat 3 pilihan, samada anda hendak menyelesaikan secara penuh keseluruhan pinjaman, secara separa keseluruhan pinjaman ataupun selesaikan tunggakan bulanan pinjaman yang ada. Untuk penyelesaian secara penuh, ada diskaun yang diberi pihak PTPTN bergantung pada promosi mereka.

Selalunya peminjam memilih untuk menyelesaikan tunggakn dan membuat reschedule payment untuk mengurangkan bulanan pinjaman mengikut kemampuan.

KEEMPAT: Menyelesaikan Tunggakkan PTPTN

Anda boleh menyelesaikan tunggakan secara tunai ataupun menggunakan akaun 2 KWSP melalui e-Pengeluaran.

Saya ceritakan mengenai cara menggunakan akaun 2 KWSP untuk membayar tunggakkan PTPTN.

1.Daftar i-Akaun KWSP

Pergi cawangan KWSP yang berdekatan. Daftar i-Akaun menggunakan kad pengenalan. Kod pengaktifan akan diberi. Tempoh kod boleh digunakan selama 30 hari. Buka website KWSP (www.kwsp.gov.my) dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Login kali pertama). Isikan maklumat yang diminta.

2. Login  i-Akaun

Untuk memulakan transaksi klik pada Klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru.

3. Tunggu mesej di inbox atau SMS

Prosesnya agak cepat. Kurang dari seminggu anda akan menerima SMS pengesahan. Dalam tempoh 14 hari setelah SMS diterima, anda perlu ke cawangan KWSP yang berdekatan untuk pengesahan cap ibu jari ataupun dipanggil biometric. Jika gagal hadir bermakna anda tidak mahu meneruskan permohonan dan secara automatiknya permohonan anda akan dibatalkan.

4. Dokumen Sokongan

Dokumen yang anda perlu bawa ke cawangan KWSP ialah kad pengenalan serta salinan, dokumen pengesahan permohonan pengeluaran, sijil akademik serta salinan, dan surat tunggakan PTPTN jika ada.

5. Hadir di Pejabat KWSP

Kehadiran anda bertujuan untuk melakukan pengesahan identiti melalui biometric, mengemukan dokumen yang diperlukan dan mengesahkan anda mahu melakukan pengeluaran untuk tujuan menyelesaikan tunggakan PTPTN.

6. e-Pengeluaran selesai

Permohonan e-Pengeluaran anda akan dihantar pada PTPTN dan bayaran balik akan diproses dalam masa 2 minggu. Setelah selesai, mereka akan mengeluarkan dokumen rasmi pengesahan bayaran pada PTPTN. Anda dah boleh check PTPTN Statement anda.

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan akaun KWSP 2 untuk menyelesaikan tunggakan seperti tiada had pengeluaran, boleh dikeluarkan lebih dari sekali, tiada caj proses dan jimat dari segi kos upah pentadbiran.

KELIMA: Penstrukturan Semula PTPTN

Setelah selesai urusan di KWSP, contact pegawai PTPTN yang anda berurusan pada mulanya, beritahu mengenai pengesahan pengeluaran akaun 2 KWSP. Pegawai akan memberikan borang untuk di cetak. Print semua borang tersebut dan lengkapkan. Kemudian, baru pergi ke cawangan PTPTN yang berdekatan. Selesaikan semua urusan di sana.

KEENAM: Surat Pengesahan Pembayaran Balik Tunggakan

PTPTN akan memberikan surat pengesahan melalui email. Jika tidak dapat, sila call dan minta pada mereka. Surat inilah yang ditungu-tunggu untuk meneruskan loan kereta anda ataupun lain-lain loan.

Apakah cara lain selain menggunakan akaun KWSP 2 untuk menyelesaikan tunggakkan pinjaman PTPTN?

Ada juga orang yang plan untuk menggunakan akaun KWSP 2 sebagai deposit pendahuluan pembelian rumah. Jadi saya fikir ada cara lain untuk menyelesaikan tunggakan cumanya anda kena menangguhkan niat untuk membeli kereta dalam tempoh tertentu. Jangan risau, diakhir cerita anda akan dapat juga membeli kereta.

1.Bayar lebih tiap-tiap bulan

Usahakan untuk membayar sekali ganda bulanan anda. Lebih dari itu lagi bagus. Contohnya jika tunggakan anda selama 12 bulan, dan bayaran bulanan anda RM200. Anda usahakan untuk membayar RM400 setiap bulan. Jadi tunggakan anda itu dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan. Bulan ke-7 anda sudah boleh apply loan kereta.

2. Guna Duit Bonus

Gunakan duit bonus yang syarikat anda beri pada hujung tahun atau semasa perayaan.

3. Cari Pendapatan Sampingan

Berusahalah mencari pendapatan sampingan yang boleh dibuat berdasarkan kepakaran anda. Ya, walaupun bertujuan semata untuk membayar pinjaman PTPTN tetapi niatlah supaya dengan anda membayar pinjaman PTPTN, anda dapat membantu adik-adik di university dan kolej yang memerlukan pinjaman PTPTN sepertimana anda memerlukannya suatu ketika dahulu.

Setelah membayar tunggakan pinjaman PTPTN adakah loan kereta saya akan diluluskan?

Soalan ini general dan bergantung pada syarat-syarat loan yang lain. Kemungkinan besar akan diluluskan sekiranya anda sudah menepati syarat-syarat lain dan hanya pinjaman PTPTN sahaja yang menggangu loan kereta anda.

Saya ada menulis mengenai maklumat skim graduan. Rujuk artikel ini https://www.ispeedautomotive.com/skimgraduan

Untuk belajar benda lain boleh rujuk di bahagian artikel di menu sebelah kanan atas website.

Penutup

Untuk menjadi peminjam yang mempunyai rekod CCRIS yang baik, bayar sebelum 15hb. Ikutlah jadual pembayaran yang telah diberi. Bayar lebih tak apa, jangan kurang. Jika kurang akan di anggap “shortfall” dan akan jadi tunggakan. Haruslah diingatkan sekali lagi, tiada peluang kedua jika anda ada tunggakan pinjaman PTPTN sekali lagi selepas anda menyelesaikannya buat kali pertama.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً

Sesungguhnya yang paling di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR. Bukhari no. 2393).[]

Pinjaman PTPTN ialah hutang. Pembayaran hutang yang baik akan memberi kelebihan yang besar kepada anda untuk apply loan-loan lain pada masa depan. Sekian artikel PTPTN dan loan kereta.

Jika ada sebarang soalan atau maklumat tambahan, boleh tanya di ruang komen untuk orang lain dapat belajar juga. Terima Kasih.

Semoga Bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta sendiri boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

Untuk semak kelayakan loan kereta secara menyeluruh dan terima Banker Diagnosis Report dalam bentuk pdf, boleh hubungi saya di WhatsApp https://wa.me/601139080919

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This