approval loan kereta di bank siapa yang buat?

Approve loan kereta. Bunyi macam senang, tapi sebenarnya susah dan perlu melalui beberapa proses.

Untuk anda yang berminat mendengar penjelasan berbentuk video, boleh lihat vlog di bawah.

Untuk yang mahu membaca, ikuti penulisan saya.

Semuanya bermula dengan scoring anda. Scoring ini lebih kurang macam exam ataupun peperiksaan.

Ada gred A,B,C,D,E dan F contohnya. Ada banyak faktor yang mempengaruhi scoring contohnya employment, tinggal dengan siapa dan lain-lain.

Gred A,B manager boleh approve loan. Gred C,D,E kena HQ approval. Gred F loan tu reject.

Ini contoh saja sebab sistem scoring di setiap bank berbeza.

Approval dari manager

Manager bank mempunyai kuasa untuk approve certain amount of loan berdasarkan jika scoring okay. Kiranya macam case senang dan tak memerlukan pemerhatian yang lebih sangat.

Bila manager yang approve, boleh cepat dapat result dan confirm akan approve kalau manager tu rasa okay dengan case tu.

Kadang-kadang untuk membantu pelanggan, ada loan yang di kurangkan jumlahnya, ada loan yang dikurang tenure nya. Semua itu untuk menaikkan scoring supaya manager boleh approve.

Sebabnya, jika sudah ke HQ, manager tak dapat tolong.

Approval dari HQ

Untuk case-case yang di hantar ke HQ, case-case ini tidak lepas scoring yang dikehendaki ataupun ada sesetengah part dalam case tu yang memerlukan lebih pemerhatian. Jadi decision making, manager tidak dapat buat.

Manager hanya dapat menolong dari segi write up recommendation sahaja.

HQ pula ada set of manager yang memang tugasnya untuk approve loan. Untuk approve sesuatu loan, risiko kena selalu terkawal dan serendah mungkin. Jadi mungkin ada syarat-syarat yang diberikan kepada pelanggan untuk loan tu approve.

Ada juga bank yang memang manager tak boleh approve loan langsung. Semua case akan dihantar ke HQ. HQ juga ada beberapa peringkat sehingga peringkat mesyuarat manager.

Setiap bank lain-lain. Jadi apa yang penting ialah anda tahu loan anda boleh approve dimana. Nak tahu anda sesuai dengan bank apa, boleh tanya pada sales advisor anda atau pun bertanya pada saya.

Jangan tersilap langkah hantar ke bank yang tidak ada peluang untuk approve sebab setiap application loan ada rekod dan rekod itu boleh memberi kesan kepada kelulusan loan anda di bank seterusnya.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus komen di bawah atau hubungi saya. Jika komen boleh yang lain sama sama belajar. Semoga loan kereta approve cepat!

Semoga bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This