skim graduan proton perodua honda toyota

PERHATIAN: MAKLUMAT LENGKAP SKIM GRADUAN PERODUA UNTUK PARA LEPASAN IPT YANG INGIN MEMBELI KERETA PERODUA DENGAN PINJAMAN PENUH DAN TANPA PENJAMIN

PENDAHULUAN

Untuk permulaan, terdapat dua bank di Malaysia iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat yang menawarkan Skim Graduan Perodua kepada pelajar lepasan IPT dan IPTA serta kolej-kolej lain.

Terdapat sedikit perbezaan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua bank tersebut namun masing-masing mempunyai kelebihan yang sama iaitu memberikan pinjaman penuh kereta dan pelanggan tidak perlu mempunyai penjamin.

Inisiatif ini diperkenalkan kerana para graduan selalunya mempunyai masalah untuk mendapat pinjaman daripada bank-bank biasa disebabkan oleh risiko kewangan yang ada pada mereka. Contohnya baru bekerja dan tidak mempunyai rekod pinjaman. Kedua-dua faktor ini cukup untuk membuatkan bank takut untuk memberikan pinjaman apatah lagi pinjaman penuh.

 Saya sendiri semasa menjadi Senior Banker Hire Purchase cukup takut dengan case-case yang melibatkan para graduan kerana risiko yang tinggi. Mereka mungkin tidak dapat menyambung pembayaran kerana sambung belajar, menganggur dan sebagainya.

Selalunya jika ingin memberikan kelulusan untuk kes begini, saya akan meminta penjamin ibu bapa atau suami isteri. Selain dari itu saya tak benarkan.

Anda fikir loan kereta anda senang lulus? Fikir sekali lagi! (No #5 banyak graduan yang kantoi)

1. Anda tiada penjamin yang berkelayakan. Masuk tahun ini, kesemua bank tidak lagi membenarkan adik beradik, saudara mara, kawan-kawan menjadi penjamin kepada anda. Hanya ibu bapa dan suami isteri sahaja yang dibenarkan. Untuk para graduan yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan dan ingin merubah nasib keluarga, selalunya mereka masih bujang dan ibu bapa pula hanya bekerja kampung. Jadi memang mustahil untuk memberikan penjamin.

2. Anda bekerja kurang dari setahun. Dari sudut mata bank, jika anda bekerja lebih setahun, itu menunjukkan anda sudah menetapkan karier anda di dalam bidang yang anda bekerja dan anda serius untuk menjaga pretasi kewangan anda. Jadi ini menimbulkan masalah kepada mereka yang bekerja kurang dari setahun dan sudah lompat ke syarikat yang lain atau terus menganggur. Selain itu, untuk para graduan yang memerlukan kereta sebagai medium pengangkutan untuk ke tempat kerja jika tidak ingin dibebani dengan kos pengangkutan awam yang semakin tinggi.

3. Anda tidak mempunyai downpayment ataupun duit muka. Di Malaysia, bank negara telah menetapkan setiap pinjaman kereta, pihak bank mestilah membiayai hanya 90% sahaja dari nilai “on the road” kereta itu. Namun ada cara untuk mendapatkan pinjaman penuh tapi masih mematuhi syarat dari Bank Negara. Jika anda ingin memahami dengan lebih lanjut boleh rujuk di artikel saya yang bertajuk “Apa maksud full loan atau pinjaman penuh yang selalu sales advisor iklankan?“. Para graduan yang baru bekerja sebulan dua mana mungkin mempunyai duit simpanan untuk menyediakan downpayment kereta kerana selalunya gaji permulaan untuk lepasan diploma RM1,800 dan untuk degree RM2,000 ke atas. Kos untuk hidup pun semakin tinggi sekarang ini.

4. Anda memerlukan kereta secepat mungkin. Jika para graduan harus bekerja selama setahun dan menyediakan duit muka atau “downpayment”, masa yang lama perlu diambil. Jika terdapat desakan untuk mendapat kereta seperti rumah jauh dari tempat bekerja, tiada pengangkutan awam dan syarat bekerja di syarikat yang memerlukan kereta, para graduan selalunya akan buntu. Jadi dengan adanya skim graduan ini, para graduan boleh kembali tersenyum dan membeli kereta yang mereka inginkan dan seterusnya keluar dari masalah-masalah yang dinyatakan.

5. Anda tidak mempunyai “track record” di CCRIS Report. Bahasa yang sering digunakan ialah CCRIS Kosong. Ia bermaksud anda tidak mempunyai sebarang loan yang boleh dijadikan panduan oleh bank untuk melihat “payment attitude” anda. Sangat berisiko case sebegini bagi bank kerana bank tidak mengenali diri anda. Boleh jadi anda pembayar yang baik atau tidak baik atau tidak bayar langsung!

6. Jika anda merupakan graduan seperti di atas, maka elok lah kiranya anda meneliti satu persatu 15 Rahsia Lulus Skim Graduan. Teruskan membaca.


15 Rahsia Lulus Skim Graduan

1.  Syarat Skim Graduan ialah anda mesti mempunyai sijil diploma atau degree dan ke atas. Jika anda belum convo, anda perlu menyediakan surat tamat belajar. Boleh minta daripada universiti atau kolej anda.

2. Syarat Skim Graduan ialah anda mesti bekerja di syarikat Sdn Bhd yang telah didirikan lebih dari 3 tahun. Untuk Bank Muamalat, syarikat mesti melebihi umur 5 tahun. Syarikat mesti stabil. Disebabkan skim graduan perodua ini berisiko, jadi pihak bank mesti memastikan syarikat tempat graduan bekerja dapat memberikan pekerjaan kepada graduan di masa-masa akan datang. Untuk yang bekerja kerajaan, syarikat GLC dan syarikat-syarikat besar dan ternama, anda tidak perlu risau kerana syarikat anda diterima oleh Bank Islam dan Bank Muamalat.

3. Syarat Skim Graduan ialah anda mest bergaji pokok atau basic RM2,000 ke atas atau gaji pokok + elaun tetap RM2,000 ke atas dinyatakan di surat tawaran bekerja. Untuk yang bergaji kurang dari RM2,000 dan ada komisyen tak layak untuk memohon skim graduan. Gaji pokok tambah elaun telefon, elaun pengakutan walaupun tetap juga tidak layak kerana elaun tersebut akan digunakan setiap bulan untuk tujuan telefon dan pengakutan. Sebarang elaun claim juga tidak diterima. Jelas?

4. Syarat Skim Graduan ialah anda mesti mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan tetap disini bermaksud setiap bulan, anda akan menerima jumlah gaji yang telah dinyatakan. Tidak kurang dari jumlah gaji itu. Potongan epf dan socso wajib ada.

5. Syarat Skim Graduan ialah status pekerjaan percubaan (probation), tetap (permanent) atau kontrak (contract) adalah layak untuk memohon skim graduan perodua. Akan tetapi ada syarat spesial untuk yang berstatus kontrak (contract), baki kontrak anda mesti melebihi 6 bulan. Jika kurang, anda perlu memohon satu surat dari syarikat anda yang menyatakan anda akan disambung kontrak. Satu lagi syarat, kontrak anda mestilah diperbaharui setahun sekali. Untuk mereka yang bekerja kontrak renew 6 bulan atau 3 bulan sekali, tidak layak memohoh skim graduan perodua.

6. Syarat Skim Graduan ialah anda hanya memohon pinjaman kereta untuk kereta baru sahaja. Skim graduan ini terbuka untuk pemohon yang ingin membeli kereta baru Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Ford dan jenama lain. Ada graduan yang bertanya jika beli kereta Perodua secondhand boleh ke guna skim graduan. Lebih murah harganya. Jawapannya, anda boleh membeli kereta secondhand tetapi bukan melalui skim graduan. Kereta secondhand lebih berisiko dan disebabkan itu anda akan mendapati interest atau bunga yang bank berikan untuk kereta secondhand lebih tinggi dari kereta baru. Bukan saya hendak menakutkan anda tetapi risiko seperti kereta rosak, ditipu oleh jurujual yang jahat, dan lain-lain merupakan antara faktor yang digeruni oleh pihak bank. Jika pelanggan mereka ditimpa masalah ini, selalunya mereka tidak mahu membayar balik pinjaman kereta yang diberikan kepada mereka. Pihak bank tiada cara lain selain terpaksa “blacklist”-kan nama mereka setelah pihak bank telah berusaha mendesak mereka untuk membayar pinjaman kereta mereka. Orang yang dah lama pun dah ditipu berkali-kali, inikan pula graduan yang baru bekerja dan berisiko tinggi. Jadi langkah terbaik belilah kereta. Walaupun sekecil Perodua Axia, anda tahu anda tidak ditipu dan tiada kerosakan pada kereta baru.

7. Syarat Skim Graduan ialah anda tiada tunggakan pinjaman PTPTN. Walaupun kerajaan ada menyatakan gaji bawah RM4,000 tidak perlu membayar PTPTN tetapi sebenarnya dalam CCRIS Report anda, rekod masih berjalan. Jika tidak membayar rekod akan menjadi lebih teruk. Apabila pegawai bank menyatakan anda perlu menyelesaikan tunggakan PTPTN, bermakna anda perlu menyediakan satu surat yang diterima dari PTPTN yang menyatakan tiada lagi tunggakan dalam akaun pinjaman pelajaran anda. Dengan adanya surat itu, pihak bank dapat meneruskan kembali proses pinjaman kereta anda. Anda boleh menyelesaikan tunggakan itu dengan menggunakan akaun KWSP jika tiada wang di tangan. Boleh rujuk di website KWSP berkenaan pembayaran tunggakan PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP.

8. Syarat Skim Graduan ialah anda mestilah berumur kurang dari 30 tahun. Kalau umur anda sudah lebih 30 tahun, anda boleh cuba memohon pinjaman kereta seperti rakyat marhain yang lain.

9. Syarat Skim Graduan ialah anda tiada masalah kewangan seperti “blacklist”, CTOS dan sebagainya. Contohnya, jika anda ada menggunakan khidmat telco seperti Celcom dan anda tidak membayar bil. Pihak Celcom hantar nama anda untuk direkodkan di CTOS. Jadi, anda perlu membayar bil telefon anda, dapatkan surat penyelesaian (settlement letter), dan berikan kepada pegawai bank. Baru pegawai bank dapat memproses kembali pinjaman kereta Perodua anda.

10. Syarat Skim Graduan ialah anda mempunyai lesen memandu kereta. Pihak bank sangat tidak suka jika ada third party yang memandu kereta anda. Jika tiada lesen memandu kereta untuk digunakan bagi memohon skim graduan, anda perlu menyediakan penjamin dengan dokumen selengkapnya. Akan tetapi case sebegini jarang-jarang mendapat kelulusan kerana sebab yang telah saya nyatakan.

11. Syarat Skim Graduan ialah anda telah bekerja sehari atau lebih di syarikat. Bagi graduan yang baru mendapat offer letter, diharap bersabar sehingga anda telah mula bekerja di syarikat itu. Selepas bekerja, hubungi saya dan saya akan uruskan pinjaman kereta anda melalui skim graduan.

12. Syarat Skim Graduan ialah anda tidak pernah mempunyai sebarang pinjaman kereta melalui Skim Graduan.

13. Program SLIM tidak layak untuk memohon Skim Graduan Perodua.

14. Syarat Skim Graduan ialah gaji bersih anda mestilah melebihi RM1,250 setelah ditolak komitmen bulanan anda termasuklah komitmen kereta baru anda nanti. Tetapi anda harus berjaga-jaga kerana makin kurang gaji bersih anda, bermakna makin kurang juga jumlah pinjaman kereta yang anda layak pohon.

15. Setelah pinjaman anda lulus, bank ada menetapkan “condition” atau pinjaman bersyarat. Untuk Bank Islam, advance sebulan bayaran bulanan (1 month advance payment) dan insurance auto life. Untuk Bank Muamalat, advance 2 bulan bayaran bulanan ( 2 months advance payment) dan insurance auto life. Jika bekerja sebagai doktor sahaja, syarat-syarat ini boleh “waived”.

16. Syarikat anda mesti mempunyai website syarikat. Ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Islam. Website itu mestilah bukan dalam blog form.

17. Bank Muamalat menetapkan syarikat anda mestilah mempunyai RM10 Juta Paid Up Capital.

Apakah dokumen wajib dan tambahan untuk memudahkan banker luluskan case anda?

Wajib

1. Salinan Kad Pengenalan depan belakang.

2. Lesen Memandu Kereta. Jika tiada sediakan penjamin ibu atau bapa yang mempunyai lesen berserta dokumen mereka.

3. Surat Tawaran Bekerja atau offer letter.

4. Sijil Diploma, Degree, Master, Phd. Jika belum convo, sediakan surat tamat belajar dari universiti atau kolej anda.

Sunat atau Optional

1. 3 bulan slip gaji. Jika tiada bagi slip gaji yang ada. Jika tiada juga, tidak perlu.

2. 3 bulan penyata bank atau bank statement. Penyata bank yang diberi mestilah di bank yang gaji anda dimasukkan. Jika gaji anda baru masuk sebulan, bagi sebulan sahaja penyata bank.

3. Tag ID. Jika tiada pihak bank selalunya akan buat site visit ke tempat anda bekerja untuk mengesahkan status pekerjaan anda.

4. Penyata KWSP atau EPF Statement. Bagi penyata KWSP untuk tahun terkini.


Rahsia lulus Skim Graduan 2 hari

1. Proses pinjaman berbeza untuk kedua-dua bank iaitu Bank Muamalat dan Bank Islam.

2. Bagi Bank Muamalat, hanya mengambil 3 atau 4 hari bekerja. Selalunya rakan saya tolong buat sehari dua (RAHSIA LULUS 2 HARI) akan tetapi Bank Muamalat menerima permohonan untuk yang bergaji pokok RM2,300 ke atas sahaja.

3. Proses Skim Graduan Bank Islam pula mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu dan ke atas. Ini disebabkan pegawai Bank Islam melakukan setiap step atau langkah tanpa sebarang pertolongan dari pegawai yang lain. Mereka tidak mempunyai Processing Officer, Disbursement Offficer, jadi kerja mereka banyak.

Tambahan pula untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor hanya terdapat dua Bank Islam yang menguruskan Auto Financing / Hire Purchase atau Pinjaman Kereta. Satu di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan satu lagi di Shah Alam, Selangor. Cuba anda bayangkan case-case di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kepada mereka. Jadi apa yang boleh saya harapkan ialah anda bersabar bila memohon skim graduan ini. Baru sebentar ini saya menerima permohonan Skim Graduan, disebabkan Sales Advisor pelanggan saya sebelum ini gagal mendapat kelulusan melalui skim graduan setelah 2 bulan memohon. Jadi anda perlu memilih Sales Advisor yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai bank tempat anda memohon pinjaman.

4. Pegawai-pegawai bank juga akan melakukan site visit ke syarikat anda jika ada permintaan daripada HQ. Akan berlaku pertambahan masa disini.

5. Jika anda hendak cepat boleh memohon pinjaman dari Bank Muamalat tetapi sila rujuk syarat yang telah saya nyatakan di atas.


Berapakah tempoh pinjaman, interest dan margin pinjaman untuk Skim Graduan?

1. Interest atau bunga dari 3.0% ke 3.6% untuk kereta Perodua dan Proton.

2. Interest atau bunga dari 2.9% ke 3.35% untuk kereta non-national seperti Honda, Toyota dan lain-lain.

3. Tempoh pinjaman maksimum ialah 9 tahun tetapi anda boleh memohon untuk mengurangkan tempoh pinjaman ke 7 atau 5 tahun jika anda ingin menghabiskan pinjaman secepat mungkin.

4. Margin pinjaman ialah 100%. Maksudnya ialah anda boleh memohon pinjaman penuh atau full loan melalui skim graduan. Tidak menjadi masalah jika anda ingin mengurangkan jumlah pinjaman dengan memberikan duit muka atau downpayment.

Kelebihan Skim Graduan (kelebihan no #5 bank selalu rahsiakan)

1. Melalui skim graduan anda boleh mendapat pinjaman penuh tanpa perlu membuat mark up loan. Jika anda ingin rujukan lanjut boleh melihat artikel saya yang bertajuk “Apakah maksud full loan atau pinjaman penuh yang selalu Sales Advisor iklankan?

2. Tidak perlu bekerja lebih setahun. Sehari bekerja sudah boleh memohon melalui skim graduan.

3. Tidak perlukan penjamin.

4. Tidak perlu rekod kewangan di CCRIS Report. Rujuk artikel saya yang bertajuk “Loan kereta anda di reject sebab CCRIS?

5. Ibra’ atau rebate apabila melakukan penyelesaian penuh pinjaman atau “full settlement sebelum tempoh matang pinjaman.

Ketahui kereta yang layak dengan gaji? (Pasti approve setiap kali)

1. Untuk gaji RM2,000 anda boleh memilih Perodua Axia 1.0 G Std Auto, Perodua Axia GXtra Auto, Perodua Axia 1.0 SE Auto, Perodua Axia Advance, Perodua Bezza 1.3 X Auto. Untuk Proton, anda boleh memilih Proton Saga 1.3 CVT Standard, Proton Saga 1.3 CVT Premium. Pinjaman kereta bawah RM43,000.

2. Untuk bergaji RM2,200 atau RM2,300 anda boleh mencuba Perodua Bezza 1.3 Advance, Perodua Myvi 1.3 dan Perodua Myvi 1.5 serta Perodua Alza 1.5. Untuk proton pula anda boleh memilih Proton Persona 1.6 Premium ke bawah. Loan RM60,000 ke bawah

3. Untuk yang bergaji RM2,500 ke atas boleh la mencuba Proton Exora, Honda City dan Toyota Vios.

4. Untuk yang bergaji RM3,500 ke atas boleh mencuba kereta recond bawah RM100,000.

5. Kelayakan ini untuk yang tidak ada sebarang komitmen lagi kecuali PTPTN.

PENUTUP

Walaupun banyak kedengaran diluar sana betapa mudahnya Skim Graduan untuk mendapatkan pinjaman bank akan tetapi ramai masih tidak mengetahui syarat-syarat dan kelayakan sebenar.

Disini saya mengabungkan panduan dari dua bank iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat untuk memudahkan anda meneliti bank mana yang bersesuaian dengan kelayakan anda.

Bank Rakyat juga mempunyai skim graduan tetapi ia tidak sesuai kerana wajib menyediakan penjamin ibu bapa.

Diharapkan dengan ilmu yang berguna hasil pengalaman saya bertahun-tahun membantu graduan memiliki kereta, dapatlah digunakan sebaik mungkin oleh anda.

Semoga bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This