beza supporting guarantor dan penjamin utama dalam loan kereta

Supporting Guarantor dan Main Guarantor mempunyai perbezaan. Bank tersangat suka jika kita boleh beri penjamin untuk menjamin loan kereta kita. Ini disebabkan risiko yang ditanggung bank jika anda tak bayar dapat dikurangkan dengan banyak. Yela, tak dapat cari anda, cari penjamin anda.

Kebaikkan untuk anda pula ialah scoring anda akan meningkat naik. Scoring yang bagus bermaksud anda mempunyai risiko yang rendah untuk tidak membayar loan kereta. Bank happy, anda pun happy sebab dapat loan kereta kan.

Boleh tonton vlog kami untuk yang suka versi video di bawah. Jangan lupa like dan subscribe.

Untuk anda yang suka penulisan, boleh sambung baca di bawah.

Benda pertama yang anda kena kenal pasti apabila bank minta penjamin atau inisiatif anda sendiri untuk memberi penjamin ialah adakah tujuannya untuk “join income” atau sebagai penguat untuk case anda sahaja.

JENIS PENJAMIN

Ada 2 jenis penjamin iaitu penjamin utama iaitu ibu bapa, anak dan pasangan.

Supporting guarantor atau penjamin pendukung ialah adik beradik.

PENJAMIN UTAMA

Penjamin utama selalunya bertujuan untuk join income atau gabung pendapatan. Jika gaji anda tidak cukup, ini penjamin yang anda mesti dapatkan. Penjamin utama lebih banyak kelebihan dan banyak bank yang terima. Formulanya ialah 1 + 1 = 2. Income anda boleh ditambah dengan income penjamin untuk mengurangkan DSR atau menambahkan kelayakan untuk mendapatkan loan kereta lebih lagi.

SUPPORTING GTOR

Supporting guarantor pula bertujuan untuk menjadi penguat case. Tetapi jika tujuan anda untuk join income atau gabung pendapatan, bank yang terima terhad.

Bank yang terima supporting guarantor untuk tujuan join income hanyalah Hong Leong Bank sahaja. Di bank ini sahaja formula 1 + 1 = 2 terpakai.

Untuk bank lain jika anda menggunakan supporting guarantor, 1 + 1 = 1 + 1.

Formula ini bermaksud anda tidak boleh join income dan pendapatan anda serta penjamin dikira berasingan. Itulah sifat supporting guarantor.

Kenapa Bank tidak mahu Adik beradik menjadi penjamin?

Jika ibu bapa yang menjadi penjamin, bank call ibu bapa dan selalunya peminjam kena bayar sebab dia kena tegur dengan ibu bapa.

Lain pula kalau adik beradik. Jika adik tidak bayar loan kereta dan bank call si abang. Abang tak peduli pun, lagi dia suruh cari sendiri adik dia adalah.

Atas sebab itu bank dah tak mahu penjamin adik beradik. Hanya Hong Leong Bank yang masih terima.

KESIMPULAN

Jika anda tidak dapat menyediakan penjamin ibu bapa atau pasangan, minta tips dari sales advisor anda. Ada caranya jika bertanya. Untuk yang nak tahu, boleh whatsapp saya di 011-39080919.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh bertanya di ruang komen di bawah. Saya cuba jawab secepat mungkin.

Semoga bermanfaat.

AZERI AZAMAN

APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?

1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!

Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/

p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!

This function has been disabled for iSpeed Team.

Share This