Bagaimana untuk kita tahu sama ada syarikat kita bekerja stabil atau tidak? Ramai yang tidak tahu, yang faktor employment stability memainkan peranan penting dalam mendapatkan scoring yang baik di bank supaya loan kereta kita boleh lulus.
Untuk yang tidak mahu membaca boleh lihat video di bawah.
Isi Kandungan
- Apa itu Employment Stability?
- Kestabilan Peminjam
- Kestabilan Syarikat
- Kesimpulan
Apa itu Employment Stability?
Employment stability atau dalam bahasa melayu ialah kestabilan pekerjaan. Kestabilan pekerjaan merujuk kepada 2 perkara iaitu kestabilan pekerjaan peminjam itu sendiri dan kestabilan syarikat tempat peminjam bekerja.
Kestabilan Peminjam
Bank mahu menilai samada peminjam boleh bekerja lama dan mempunyai karier atau tidak lebih-lebih lagi peminjam yang berusia 30 tahun ke bawah. Ini kerana boleh jadi peminjam bekerja sekarang tetapi berkahwin dan membuat keputusan untuk berhenti kerja nanti. Boleh jadi juga peminjam bekerja sekarang tetapi akan berhenti dan sambung belajar. Boleh jadi juga peminjam bekerja sekarang tetapi saja-saja suka menganggur. Jadi ada risiko yang perlu dinilai dan diuruskan oleh bank.
Antara soalan yang bank bertanya semasa interview loan kereta adalah:
1) Berapa lama sudah bekerja?
2) Apakah jawatan yang disandang?
3) Adakah peminjam banyak mengambil cuti tanpa gaji?
Soalan-soalan ini merupakan asas untuk melihat sama ada seseorang peminjam itu mempunyai kestabilan dan mengambil serius karier beliau dalam syarikat.
Setiap bank berbeza cara approach mereka untuk hal ini tetapi kebanyakan bank menetapkan peminjam harus bekerja lebih dari setahun untuk memperlihatkan aspek kestabilan pekerjaan.
Bagaimana pula jika bekerja kurang dari setahun? Adakah tidak boleh lulus loan kereta? Masih boleh lulus cuma score nya rendah sedikit. Jika bekerja sehari pun masih boleh lulus.
Jika jawatan peminjam executive ke atas, hal ini sangat baik untuk mendapatkan scoring yang lebih baik.
Jika peminjam banyak mengambil cuti tanpa gaji (EL), ini menunjukkan mungkin peminjam mempunyai sikap malas, ada halangan di rumah untuk bekerja. Perkara ini affect gaji peminjam. Jadi ada risiko yang mana pihak bank perlu pertimbangkan dan uruskan. Scoring akan rendah jika begini.
Kestabilan Syarikat
Soalan-soalan ini akan ditanya dan disiasat oleh bank semasa proses case anda di bank:
1) Berapa lama syarikat ditubuhkan?
2) Jenis syarikat
3) Adakah caruman EPF dibuat?
4) Berapa paid up capital syarikat?
5) Adakah syarikat mempunyai website rasmi?
Seperti biasa kebanyakan bank mempunyai cara yang berlainan untuk menilai setiap risiko yang ada tetapi kebanyakan bank seperti yang saya akan jelaskan.
Tempat peminjam bekerja atau syarikat tempat peminjam bekerja sangat penting untuk dinilai oleh bank kerana jika berlaku sesuatu seperti syarikat bankrup, syarikat melakukan proses pembuangan pekerja dan lain-lain yang mengakibatkan peminjam tiada pekerjaan, ia akan affect pembayaran loan kereta peminjam nanti.
Kebanyakan bank mahu syarikat sudah establish lebih dari 3 tahun.
Kebanyakan bank mahu syarikat berstatus SDN BHD, GLC atau Kerajaan.
Syarikat yang kurang scoringnya berstatus Enterprise, Persatuan dan NGO. Selalunya bank akan meminta penjamin untuk case sebegini melainkan syarikat itu mempunyai rekod yang baik dan terkenal.
Kebanyakan bank melihat paid up capital syarikat. Jika paid up capital lebih dari 3 Juta, sangat baik scoringnya.
Jika syarikat gagal membuat caruman EPF pada pekerja, ia memperlihatkan syarikat sebagai tidak kukuh. Jika caruman EPF dibuat tetapi syarikat gagal membayar caruman tepat masanya, juga reflect yang syarikat mungkin mempunyai masalah kewangan.
Tidak semua bank menetapkan syarikat perlu ada website tetapi ini satu point tambahan kepada bank yang menunjukkan syarikat itu besar dan mempunyai kredibiliti.
Kesimpulan
Tidak semestinya kita bergaji besar boleh lulus loan kereta dengan mudah. Ada aspek lain lagi yang dilihat oleh bank dalam memberikan kelulusan kepada case anda seperti faktor Employment Stability ini. Semak dahulu case anda sebelum decide untuk submit loan. Untuk mendapatkan semak kelayakan professional secara percuma, klik button di bawah.