Tiada lesen kereta tetapi boleh lulus loan dengan mudah. Tiada magic atau misteri. Cumanya anda perlu lepas syarat-syarat yang bank beri.
Untuk anda yang selesa menonton video, boleh tengok vlog kami. Jangan lupa like dan subscribe.
Untuk yang lebih suka penjelasan melalui penulisan, boleh sambung baca.
Mengapa Bank Tak Beri Pinjaman Jika Tiada Lesen Kereta?
Dalam Hire Purchase Act, tiada dinyatakan membeli kereta memerlukan lesen sebenarnya. Akan tetapi kenapa bank meminta juga peminjam mempunyai lesen memandu?
Apa yang bank cuba elakkan terjadi sebenarnya, bank tidak mahu third party atau orang lain memandu kereta selain daripada peminjam.
Bank sangat tidak suka kereta sewa dan sambung bayar kerana apabila sesuatu isu terjadi antara peminjam dan third party, selalunya pinjaman kereta tidak dibayar.
Dipihak peminjam yang melakukan sambung bayar atau sewa kereta, sudah tentu mereka tidak mahu membayar kereta yang tidak mereka gunakan.
Jadi risiko ini yang bank cuba kawal. Sekarang kita sudah tahu mengapa bank tidak beri pinjaman jika tiada lesen memandu kereta.
Setiap bank menetapkan syarat yang berbeza untuk peminjam jika tidak mempunyai lesen memandu.
Bank Rakyat
Bagi yang ingin meminjam daripada Bank Rakyat, anda tidak memerlukan lesen. Syaratnya gaji kasar anda hendaklah melebihi RM2,500 dan bekerja tetap di syarikat yang stabil.
Bank Rakyat juga tidak membenarkan gabung pendapatan atau join income. Tiada penjamin dibenarkan. Jadi ini stand alone loan.
Jika anda lepas syarat ini, silalah apply di Bank Rakyat.
Ambank
Dari segi gaji, Ambank menetapkan peminjam mestilah mempunyai gaji kasar RM3000 dan ke atas serta menyediakan lesen memandu dari keluarga terdekat.
Lesen yang ada mestilah dari ibu bapa, adik beradik atau pasangan.
BSN
Untuk apply loan kereta dari BSN, peminjam hendaklah bergaji RM2,500 ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya lesen L.
Aeon Credit
Aeon Credit bukanlah bank sebaliknya ia ialah credit company. Ada yang takut dengan Aeon sebab dikatakan Aeon mempunya kadar bunga atau interest rate yang tinggi.
Sabar dulu, interest rate Aeon sekarang competitive dan cuma tinggi sedikit sahaja dari interest rate kebiasaannya. Ada juga masa-masa tertentu Aeon mengadakan promosi interest rate yang lebih rendah. Selalunya interest rate Aeon bermula dari 3.4%.
Untuk Aeon, syaratnya lebih mudah. Tanpa lesen dan bergaji kasar RM2000 ke atas. Tetapi syaratnya juga seperti bank rakyat yang tidak boleh apply bersama penjamin. Ini stand alone loan sahaja.
RHB
RHB juga antara pilihan apply tanpa lesen memandu. Cumanya ia berdasarkan scoring dan case to case basis. Jadi sangat general jika kita nak bercerita mengenai perkara ini.
Cuma apa yang perlu anda tahu ialah gaji kasar hendaklah melebihi RM2,000 dan anda boleh sediakan penjamin untuk join income.
Bank-bank Lain
Untuk bank-bank lain, anda boleh menyediakan penjamin yang mempunyai lesen memandu yang sah. Bergantung pada scoring, case anda ada peluang untuk mendapat approval.
Ada apa-apa persoalan lagi? Jika ada boleh terus komen di ruang komen di bawah.
Semoga bermanfaat.
APAKAH LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL SEKARANG UNTUK MEMBELI KERETA BARU?
1. Untuk memudahkan anda, saya telah menyediakan saringan-saringan quiz untuk anda mengenal pasti status case anda. Dengan mengetahui kedudukan anda sekarang, anda dapat membetulkan dan memudahkan loan anda untuk di approve oleh pihak bank.Anda hanya perlu klik di tajuk di bawah. Check it out!
Untuk semak kelayakan loan kereta boleh check disini https://ispeedautomotive.com/kuiz-semak-kelayakan-loan-kereta/
p/s: Semak secara turutan untuk mendapatkan keputusan yang tepat!