PROSES BELI KERETA BARU : 10 LANGKAH YANG PENTING DAN WAJIB ANDA TAHU!
Proses beli kereta baru atau cara beli kereta baru merupakan topik yang kita akan kupas pada hari ini. Topik ini agak panjang sedikit tapi penting untuk anda tahu bila anda sudah bersedia untuk membeli kereta baru.
Proses beli kereta ini terpakai untuk kereta baru Proton, Perodua, Honda, Toyota dan lain-lain.
Mungkin anda pernah terjumpa artikel saya di website lama saya di https://perodua.malaysia.online, jadi ini versi kemaskini dengan lebih lagi maklumat tambahan.
YANG TAK LARAT BACA PANJANG-PANJANG, BOLEH WHATSAPP SAYA TERUS UNTUK SEMAK KELAYAKAN LOAN KERETA
KLIK LINK INI https://wa.me/01139080919
Bismillahirahmanirahim, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Langkah Pertama Proses Beli Kereta Baru: KENALI STATUS DIRI
Untuk ini ada beberapa perkara yang perlu anda check mengenai status kewangan, pekerjaan,dan income. Jadikan ini sebagai panduan dan jika beli secara cash, boleh skip langkah ini dan terus ke langkah kedua.
CCRIS REPORT
Check dan tengok balik CCRIS Report anda. Perkara penting yang anda perlu lihat adalah payment attitude anda. Adakah anda menjadi pembayar yang baik selama ini? Tiada tunggakan atau ada tunggakan?
Jika tunggakan melebih 2 bulan selama 3 kali berturut-turut, bank akan reject loan kereta anda. Jika ada tunggakan melebihi 3 bulan dalam tempoh setahun ini, bank turut juga reject loan kereta anda.
Untuk maklumat lanjut cara nak baca CCRIS Report dan kat mana nak dapatkan CCRIS Report ini, boleh rujuk di artikel di bawah:
Artikel Penjelasan CCRIS Report
Artikel Cara Dapat CCRIS Report
Jika ini pengalaman pertama kali anda untuk apply loan dan bermaksud anda tiada rekod langsung di bank, anda mungkin memerlukan penjamin.
Jika tiada penjamin, bagi berumur kurang dari 30 tahun, anda boleh apply skim graduan. Boleh rujuk artikel mengenai Skim Graduan di sini.
Artikel 15 Rahsia Lulus Skim Graduan
Jika anda masih kurang pasti dan memerlukan panduan atau hint mengenai loan kereta untuk case anda, anda boleh cuba buat kuiz semak kelayakan loan kereta. Link nya di bawah:
PENDAPATAN
Check jika pendapatan anda sesuai dan mampu untuk beli kereta idaman anda. Cara untuk mengira pendapatan, anda boleh rujuk di artikel ini. Link di bawah:
Artikel Gaji Bersih Yang Bank Terima
Jika anda seorang yang mempunyai komitmen bulanan pinjaman, seeloknya semak Debt Service Ratio (DSR). Formula untuk mengira DSR adalah seperti berikut:
[(Komitment bulanan + bulanan kereta baru) / gaji kasar] x 100%
DSR merupakan antara petunjuk pada bank samada kewangan anda sihat atau tidak. Jika DSR anda bawah 70%, ini merupakan petunjuk kewangan anda sihat. Jika lebih dari 70%, ini memberikan signal yang menyatakan risiko untuk memberi loan pada anda kerana anda mungkin tidak mampu untuk membayar pinjaman kemudian hari.
CTOS
Ingat kembali adakah anda mempunyai hutang-hutang lama. Ada pernah tak bayar bil telefon, internet, perabot dan sebagainya? Ini kerana hutang-hutang ini akan masuk dalam kategori CTOS. Hanya ada bank tertentu sahaja yang boleh luluskan loan kereta anda jika anda mempunyai CTOS.
Anda kena selesaikan sepenuhnya pinjaman itu, dan dapatkan Full Settlement Letter atau Release Letter dari pihak yang anda berhutang. Boleh rujuk artikel dimana hendak dapatkan CCRIS Report kerana anda boleh dapatkan CTOS report sekali disitu. Jika malas skrol, ini linknya:
Artikel Penjelasan CCRIS Report
KESTABILAN PEKERJAAN / EMPLOYMENT STABILITY
Bank akan bertanya mengenai status pekerjaan anda. Kerja apa, jawatan apa, dah berapa lama kerja? Employment stability merupakan satu faktor yang penting dalam Scoring System bank. Jadi bank akan banyak bertanya kepada anda.
Peminjam yang bekerja lebih dari setahun memberi signal kepada bank bahawa syarikat itu stabil, peminjam sukakan pekerjaannya dan peminjam berkemungkinan besar akan bekerja lebih lama. Anda diberi markah lebih dalam scoring system jika bekerja lebih dari setahun.
Jawatan Eksekutif ke atas turut memberikan markah lebih kepada anda. Selain itu, jenis syarikat seperti enterprise, sdn bhd, GLC atau kerajaan turut dilihat oleh bank.
Selain dari itu, dari point of view bank, bank mahu lihat anda stabil atau tidak dalam ekonomi anda.
Jika anda inginkan panduan, buat kuiz semak kelayakan loan kereta ini.
Kuiz Semak Kelayakan Loan Kereta
LANGKAH KEDUA PROSES BELI KERETA BARU: CARI SALES ADVISOR YANG SAH
Untuk ini memerlukan anda membuat sedikit research. Check Sales Advisor itu seorang Sales Advisor yang sah atau tidak. Elakkan sesekali berurusan dengan broker ataupun pihak ketiga kerana jika ada apa-apa yang terjadi, anda tidak dapat menyalahkan mereka kerana mereka tidak attach di dealer itu.
Anda kena kenal siapa Sales Advisor anda, dealer mana dia bekerja, wujud ataupun tidak. Google saja nama dia anda dah boleh dapatkan banyak maklumat atau berjumpa di Showroom. Boleh test drive kereta sekali.
Bagi saya free gift, diskaun atau offer tidak sepenting anda berurusan dengan Sales Advisor yang sah.
Untuk yang baru pertama kali di website ini, anda boleh lihat profile team dan testimony dari ISPEED Team. Linknya ada di bawah.
Jika sudah berjumpa dengan Sales Advisor, bertanyalah banyak soalan mengenai kereta dan loan kereta sampai anda puas hati. Antara yang anda boleh tanya ialah bank mana nak submit loan, chances untuk lulus berapa dan lain-lain.
Tips untuk anda, make sure Sales Advisor anda tahu apa yang dia buat dan dia bagi suggestion bank yang ada chances untuk luluskan loan kereta anda. Elakkan dia tidak tahu dan cuba-cuba sahaja kerana jika dia menghantar lebih dari 3 bank, bukan chances approval anda yang naik tapi sebaliknya boleh turun kerana faktor previous inquiry.
LANGKAH KETIGA PROSES BELI KERETA BARU: DOCUMENTATION
Semasa anda hendak submit document pada bank, anda kena ingat banyak pihak yang akan tengok document anda. Jadi document haruslah clear dan tersusun. Jika perlu pakai CamScanner, dan jadikan semuanya dalam satu PDF. Ini flow document anda akan pergi kepada siapa:
- Sales Advisor perlu membuat Vehicle Sales Order (VSO) untuk diberi pada bank. Jadi kadang-kadang boleh tersalah type dan tulis.
- Marketing Officer bank akan terima document anda dari Sales Advisor dan print document itu. Selalunya medium yang digunakan adalah WhatsApp atau Email. Cuba anda bayangkan jika dokumen tidak disusun dalam 1 pdf, Marketing Officer terpaksa print satu-satu. Jika bank statement anda sedikit tak apalah juga, ini banyak. Lebih lagi untuk orang yang berniaga. Document anda akan diletakkan di dalam file.
- Processing Officer akan menerima file yang mengadungi document anda. Processing Officer harus key in, tulis manually pada interview form dan process case anda. Jadi sangat-sangat membantu jika document anda clear. Dari pengalaman saya bekerja di bank dahulu, benda-benda kecil sebegini acap kali melambatkan proses loan. Kadang-kadang terpaksa minta document baru dari pelanggan. Plus, selalunya Processing Officer akan process dahulu case yang memudahkan mereka. Tak mahu file anda diletakkan di tepi kan? Harus diingat, Processing Officer yang akan menulis remarks di dalam sistem untuk menyokong case anda.
- Manager di branch akan review case anda di dalam sistem beserta file. Dia yang akan memberikan kelulusan pada loan kereta anda beserta sebab diluluskan case anda. Jika scoring case anda memerlukan di hantar pada HQ, dia jugalah yang perlu memberikan sebab kenapa dia rasa case ini boleh diluluskan.
- Jika case anda dihantar ke HQ, lagi super penting untuk documentation anda clear dan kemas. Manager yang approve case di HQ perlu membuat keputusan untuk luluskan loan kereta anda atau tidak.
Rasanya panjang lebar saya tekankan berkenaan peri pentingnya document yang clear dan kemas. Setiap case lain-lain, jadi tanya pada Sales Advisor anda apa dokumen tambahan lagi yang perlu untuk menguatkan case anda.
Seperkara lagi, jika anda seorang yang mementingkan privacy, anda boleh terus memberikan document pada bank. Cuma bagi salinan kad pengenalan sahaja pada Sales Advisor untuk dia tulis Vehicle Sales Order (VSO).
LANGKAH KEEMPAT PROSES BELI KERETA BARU: INTERVIEW DENGAN BANK
Selepas menerima document anda, bank akan call untuk bertanya mengenai beberapa perkara, membuat pengesahan maklumat dan lain-lain. Sebaik sahaja selesai call anda, bank akan call HR di syarikat anda atau sesiapa yang menguruskan anda. Jadi maklumat yang anda berikan kepada bank harus selari dengan HR.
Jika semuanya okay, bank akan proceed case anda. Jika bank memerlukan maklumat tambahan, bank akan menghantar officer untuk melakukan site visit di tempat kerja anda.
Untuk luluskan loan kereta sebenarnya banyak faktor yang diambil kira dan ia sebenarnya sedikit leceh. Tapi faktor-faktor ini penting untuk menguruskan risiko dan mengelakkan peminjam tidak membayar loan kereta di masa depan. Plus, bank sangat takut jika document anda fraud atau lebih senang disebut dokumen palsu.
Hubungan antara Sales Advisor dan Banker juga memainkan peranan sebenarnya. Kadang-kadang submit di Sales Advisor A tidak lulus tapi Sales Advisor B pula lulus.
Sebagai seorang banker dahulu, ya saya akui memang ada Sales Advisor kesukaan saya sendiri yang saya akan bantu untuk cepatkan process dan luluskan loan.
Senang cerita, cari Sales Advisor yang anda rasakan pengalamannya cukup untuk menguruskan case anda. Jangan terpikat dengan free gift dan tawaran sahaja.
LANGKAH KELIMA PROSES BELI KERETA BARU: SIGN AGREEMENT LOAN KERETA
Jika loan kereta anda diluluskan, Banker atau Sales Advisor akan memberitahu anda. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah check berapa jumlah pinjaman yang lulus, interest rate berapa, pinjaman berapa lama dan apa condition yang bank beri untuk approve loan itu.
Setelah anda bersetuju, anda boleh call Sales Advisor atau Banker untuk anda set tempat dan masa untuk sign agreement.
Untuk tempat anda boleh memilih untuk sign agreement di bank, dealer ataupun di luar.
Untuk masa, siang jika anda sign agreement loan kereta di bank. Siang atau malam boleh jika sign agreement di luar. Tepati masa sebab sehari sebenarnya banyak pelanggan yang datang untuk sign agreement. Jadi banker sibuk selalunya. Tak percaya nanti tengok banker anda.
Sebelum pergi sign agreement, make sure ready dahulu document yang bank minta, cip kad pengenalan berfungsi, dan bawa duit jika ada condition seperti autolife atau open saving account.
Jika anda berubah fikiran dan tidak mahu membeli kereta, anda boleh cancel loan kereta itu. Ya, loan kereta dah lulus boleh cancel.
LANGKAH KEENAM PROSES BELI KERETA BARU: TUNGGU STOCK KERETA ADA
Selepas loan approve, Manager Dealer akan request stock dari HQ untuk anda. Jika anda bernasib baik, sudah ada ready stock dan anda boleh ke langkah yang seterusnya dalam proses beli kereta baru ini.
Waiting period berbeza untuk setiap model dan bergantung kepada warna dan spec yang anda pilih. Buat masa sekarang, stock Proton anda boleh dapat bawah 1 bulan dan stock Perodua 2 bulan sehingga 3 bulan.
Apabila Sales Advisor memberitahu anda bahawa kereta anda sudah ada, tak bermaksud kereta anda sudah sampai pada dealer. Dalam sistem sahaja yang menunjukkan engine dan chassis kereta anda sudah ada.
LANGKAH KETUJUH PROSES BELI KERETA BARU: SELESAIKAN ANY PAYMENT YANG PERLU
Minta Sales Advisor anda kirakan berapa downpayment yang perlu dibayar. Tunjuk calculationnya pada anda. Peringatan, on the road price kereta yang sebenar bukan seperti di pricelist.
Harga setiap orang mungkin berbeza kerana insurance berbeza harga. Tapi tidaklah besar sangat perbezaan harga, dalam RM100 sehingga RM200 sahaja. Mungkin kurang, mungkin lebih.
Ini sekadar nasihat saya kepada anda kerana ada pelanggan dari Sales Advisor lain yang mengadu, manager dan sales advisor di tempat di hendak beli kereta, suruh bayar setengah downpayment walaupun kereta belum ada. Kemudian, mereka mengatakan kereta sudah ada dan minta downpayment penuh walaupun hakikatnya kereta tidak ada.
Jadi, jika perlu minta bukti engine dan chassis kereta anda.
LANGKAH KELAPAN PROSES BELI KERETA BARU: REGISTER KERETA
Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian:
- Jika anda ingin membeli number, segerakan process ini. Jangan pilih tender number. Beli running number sahaja. Tender number kita kena tunggu proses bidding dan dapat keputusan. Jika anda ingin beli tender number, beli selepas loan anda sudah approve dan bagi slip kepada Sales Advisor. Anda juga boleh meminta Sales Advisor untuk membeli number untuk anda.
- Pilih insurance yang anda selesa dan jika ada add on seperti windscreen, beritahu kepada Sales Advisor. Selepas register, jika anda nak tambah, pihak insurance akan kenakan bayaran tambahan.
- Jika anda ada NCD kereta lama, anda boleh call atau pergi ke insurance centre yang berdekatan untuk withdraw NCD anda. NCD boleh mengurangkan insurance kereta baru anda.
Dua perkara ini anda perlu ambil tahu. Selebihnya Dealer akan menolong anda untuk registerkan kereta anda. Selepas siap register, tunggu geran dan roadtax sampai di dealer.
LANGKAH KESEMBILAN PROSES BELI KERETA BARU: DELIVERY KERETA
Anda boleh memilih untuk kereta dihantar kepada anda ke rumah, office ataupun tempat pilihan anda. Tapi sebaiknya datanglah ke showroom kerana jika kemudian hari anda ada masalah, anda sudah tahu kemana hendak dituju.
Jika anda membeli di luar negeri anda, Sales Advisor juga boleh menghantar kereta anda.
Check kereta anda betul-betul sehingga anda puas hati kerana selepas anda sign Vehicle Delivery Order (VDO), anda sudah bertanggungjawab kepada kereta anda sendiri.
Tak perlu bawa apa-apa dokumen pada masa ini kecuali jika anda belum selesai urusan dengan bank. Jadi beri dokumen itu sewaktu delivery supaya Sales Advisor boleh beri pada bank.
LANGKAH KESEPULUH BELI KERETA BARU: DISBURSEMENT
Dealer akan menghantar Invoice beserta Vehicle Delivery Order (VDO) yang anda sudah sign kepada bank untuk proses disbursement. Bank akan bayar duit pinjaman anda kepada dealer. Tarikh bank bayar kepada dealer adalah tarikh due date kereta anda.
Selalunya proses ini akan mengambil masa selama seminggu atau dua minggu selepas delivery.
Anda boleh call bank atau bertanya pada Sales Advisor anda untuk tahu due date kereta anda.
PENUTUP
Inilah proses-proses untuk beli kereta baru. Jika anda ada sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh comment di bawah atau rujuk pada artikel dan video yang telah saya sediakan. Bagi saya proses yang paling penting adalah loan kereta kerana tanpanya impian anda untuk memiliki kereta baru mungkin terkubur.
Terima kasih kerana membaca dan semoga artikel ini bermanfaat dan menjadi ladang pahala buat saya. Aminn
Jadi apa yang perlu anda buat selepas ini? Untuk permulaan, anda boleh mengisi kuiz semak kelayakan loan kereta untuk anda dapatkan panduan. Setiap orang berbeza panduan yang diberikan. Klik di link di bawah.
Kuiz Semak Kelayakan Loan Kereta
ATAU
Hubungi saya untuk semak kelayakan details di https://wa.me/601139080919 dan dapatkan semak kelayakan menyeluruh Banker Diagnosis Report

Penulis,
p.s: Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, ia pasti juga bermanfaat untuk orang lain.Bantu saya dengan share 🙂
If dealer/SA kata loan dah approve tapi perlu tunggu bank call untuk sign agreement, berapa lama nak tunggu untuk bank call ? Booking fee dah bayar.
boleh call bank terus and sign agreement di bank tersebut.
Nk tnye , loan lulus bulan 9 tahun 2022 then SA advise suruh tunggu kereta. Then bulan January tahun 2023 SA suruh pergi bank sign loan. Agak2 dia dah request order tu selepas sign agreement tu ke atau dah request order masa bulan 9 tahun 2022? Lou dpt dh bulan 9 tahun 2022
bulan 9 tahun 2022
Sy nak tanya…SA ada msg baru ni..dia kata stanby deposit..kereta akan smpai dlm mase sekian2..adakah SA tahu bila kereta kita akan tiba
ikut anggaran waiting period kereta tu. SA tak tau tapi boleh agak2 la and manager pun mesti dah suruh dia standby.
salam admin. nak tanya. kalau kita dh setel sign aggreement then sa pon h bgtaw dh register kereta. boleh ke klo nk request tukar model dan nak buat loan baru balik sbb nk letak depo tnggi?
Waalaikumusalam. dah register kereta tak boleh dah. kena bagitau sebelum register kereta.
Untuk submit dokumen especially salinan ic, kena ada letak palang “untuk kegunaan” apa² tak?
sebaiknya letak palang untuk elak orang salah guna ic kita
Assalamualaikum admin.boleh tahu SA ada inform yg Perodua hq dah bgi kereta.maksud nya kereta dah siap assembly atau masih dalm assembly line?SA bagitahu tgah buat resigter insurance/plate number.
if dah dapat engine chassis, meaning dah siap dah la kereta tu. betul dah proses nya
assalamualaikum sy submit loan buln 1 2023 then dah sign aggreement semua dengan bank and tunggu kereta sampai je. dowpayment pun dh habis bayar. after 6 month , deller cakap kene submit loan baru and kene tambh downpayment . so macm mana tu tuan ? bukan ke dah sign semua agreement ?
Waalaikumusalam. Sepatutnya downpayment dibayar hanya selepas dapat no engine chassis. Dan pembayaran hanya ke account dealer sahaja dan bukannya akaun personal. Pls take note ya orang lain yang tengok comment ini. Apa yang jadi pada cik adalah approval cik perlu di renew semula. Jika tak minta apa2 document bermaksud sekadar renew approval sahaja. Jika minta document semula, bermaksud case cik di proses sekali lagi. Jadi atas sebab tu loan amount dan interest akan jadi berbeza.
Salam.Nak tanya kalau kite bagi salah no telefon utk dihubungi dn sa pun dh bgi kt bank.Berapa lama pihak bank akn cll semula
Waalaikumusalam. Ini depends. Setiap officer lain2. Kalau salesman tu baik dengan officer tu, maybe dapat je terus call. or if officer tu tak busy, terus call jugak.
SA bgtau krte sdah dftar di jpj..no plate pn dh ada dkt app ufirst..rasa2 bila dpat ye??
seminggu dapat la tu
Saya nak tanya memang boleh ya minta SA hantarkan kereta ke rumah atau showroom yang berdekatan?
Sebab SA tak nak
jika ikut peraturan rasminya SA tak boleh hantar kereta ke rumah. customer kena datang showroom untuk elakkan apa2 jadi di pertengahan jalan. But then sekarang dah jadi satu kebiasaan untuk SA hantar sampai ke rumah. Mungkin SA anda particular atau dia takut jadi apa2.
Hi saya nak tnya, if saya dah sign agreement bank then nak delay utk amik kereta akan effect loan ke?
Hi, kalau delay sampai loan expired dan terpaksa proses semula, ini akan effect approval margin, interest etc
sy nak tanya , kalau kereta lama dah 6thn tp masih ada loan belum habis byr lagi tapi nak ambik kereta baru atas sebab keperluan , loan kereta lama tu boleh tutup dah ke kita bayar 1 loan kereta je , atau kita kena bayar dua2 kereta sekali ? mksdnya komitmen bertambah la utk 2 biji kereta..
kena full settle account kereta lama. kalau tak still akan bayar.
kalau beli kereta baru like proton kena kita sendiri ke bayar insuran tu?
masuk dalam loan
Sy nk tnya Sy dh dpt kreta, waktu sign agreement bank pd 23 hr 11, bank ckp kena byr 5 hr 12 utk first payment, tpi Spai skrg courier agreement x spai lgie, mcm mna nk byr
Call bank dan check no account untuk bayar. delay terima agreement tk bermakna due date pembayaran pun delay jugak.
semasa sign aggrement di Bank. Perlu bayar downpayment terus ke atau camana?
tak perlu.
Hi nak tnya. Saya ada apply loan kereta. Segala dokumen sy da updte. Tp SA x updte dkt bnk. 3minggu dia perap dokumen. Then sy mintk cancel , pastu SA kata saya kena initial . Memang perlu ke ??
tak perlu. kalau nak cancel, buat surat dan suruh dia keluarkan nama kita dari sistem.
Hi saya nak tanya saya dah dapat no chasis dan engine tapi SA call kena bayar RM450 duit insurance dekat bank . Boleh saya tahu mmg kena bayar dekat bank ke bila dapat kereta nanti ?
Rasanya itu condition approval. Jadi memang kena bayar.
Jika SA inform dah request kereta ,tunggu hq allocation maksudnya macam mane ye
meaning dah que dalam list stok. Contoh list myvi advance warna A, awak orang yang ketiga. So bila dapat stok, manager akan pass pada orang yang pertama dlu, then orang kedua, then orang ketiga..
Salam . Jika loan dah approve dan kita dah sign dekat bank . Then bank kata cth company kereta A harga kereta naik , then banker ckp kena sign balik ikut harga kereta terkini sebab harga kereta dah naik . Boleh ke mcm tu ?
Waalaikumusalam. Boleh
salam admin, nk tanya.. no chassis engine dh ada.. agrmnt dh sign, so apa status kete tu eh? kena tunggu berapa lama baru dapat?
tunggu register and kereta sampai. dalam seminggu dua settle la tu.
Hi, nk tnya.. if SA cakap kereta dah register plus bayar depo, adakah depo tu dah kira termasuk pembayaran roadtax sekali?
dah termasuk dah
Assalam..sya nk tanya,bank dh dtg kat tempat kerja utk pengesahan,tp sya xde kat tempat kerja tu sbb cuti,adakah bank akan dtg balik kat tempat kerja sya.
Waalaikumusalam, bank tak datang dah. ini site visit tempat kerja, nak check company proper or tak.
Saya dapat message loan approved dan SA dah fix appointment utk sign agreement. Tapi Minta bayar duit sekarang juga
duit booking or downpayment?
Hello . SA dah pggil utk Sign Agreement & No Chasis pn dah ada dlm sistem . Boleh sy tau , apa yg bole sy expect pd hari Sign Agreement yaa ? Adakaa sy hnya mdengar & sign ? Apa² docs yg perlu sy bawa yaa ? TerimaKasih
Bawa ic. Make sure cip okay dan boleh baca sebab nanti nak verify cap jari. Jika ada dokumen apa2, selalunya banker akan bagitau pada salesman. so tanya salesman jika ada doc apa2 nak kena bawak. Jika case approve with condition, nanti pergi bank bawa duit jugak sebab maybe nak kena bukak saving account, bayar insurance hp life atau lain2.
Hi nak tanya. Kita akan bawa balik dokumen (presumeably daripd bank) ke semasa kita ambil kereta
bawak balik vdo saja. agreement bank akan pos.
Bila ptt nya bank akan pos loan agreement tu ya, kereta dah dpt 2 mggu
1 bulan kebiasaanya
nak tanya tuan, kalau beli kereta baru kt perodua..kita akan dpt kereta tahun kita beli tu ke atau mcmana ?
bergantung sebenarnya. setakat ni waiting period standard perodua 3 bulan. if beli bulan 10, sah2 la next year baru dapat.
kalau loan masih processing di hq apa maksudnya encik?
tengah tunggu hq approve or reject.
Berapa lama pemprosesan register kereta?
selalunya dalam tempoh seminggu settle dah. Register kereta sekejap saja. As long as agreement dah sign, ehakmilik cepat, number dah beli, nak register tu cepat je.
Kalau SA bagitahu dah pending approval tu maksudnya apa?
tengah process kat bank.
Sya nk tnya klau semua step dh settle n kereta dh dpt tpy still x dpt agreement boleh ke start bayar loan bila bnk hntr notification start byar loan
Assalam admin .. payment depo dan insurance dh bayar .. berapa lama kereta akan keluar ye ?
Waalaikumusalam. Any payment bayar selepas dapat engine chassis kereta. Jangan bayar sebelum dan jangan bayar pada account SA.
Saya sudah sign tapi delear minta bayar insurans adakah pertama insurans kita bayar atau sudah di tanggung sekali
kalau ada loan tak boleh cover amount, kena bayar.
Sy beli kereta terpakai 118000 ..
Betul ke prosessing fee 4850
used car memang selalu ada processing fee…itu atas dorg nak caj or tak caj..and atas tuan nak setuju atau tak beli dengan dorg.
hi admin…sy nk tnye..SA call bg taw kereta dh ade tp chasis no belum ade…brape lama boleh hold ya sementara kumpul deposit..sbb kena renew loan then kena tmbah depo
macam mana kereta dah ada tapi no chassis tak ada. sekejap je boleh hold selalunya sebab manager nak kena register kereta tu cepat otherwise hq tarik balik.
Assalamualaikum..
1. sy nk bertanya adakah kita boleh pills insurances utk kereta baru atau kita perlu ikut insurance yg disediakan ?
2.apa pndpt tuan jika kita beli kereta baru tnpa ambil insurance yg disediakan ( beli kereta tnpa insurance)?
Waalaikumusalam.
1. Boleh kalau kita nak beli sendiri.
2. Beli kereta tanpa insurance tak boleh. Wajib ada insurance ya.
Artikel yg sgt membantu…tq tuan…saya ambil n blajar yg haq shaja lain2 tiada..
terima kasih. semoga ilmunya bermanfaat 🙂
Nak tanya kalau chasis no dah keluar dan kita tak sign aggreement lagi dengan bank. Boleh ke kalau kita nak cancel
Nak tanya kalau chasis no dah keluar dan kita tak sign aggreement lagi dengan bank and belum bayar downpayment. Boleh ke kalau kita nak cancel
Boleh
Kalau dah sign aggrement skrg tgh tggu kereta readystock boleh x nak cancel sbb mcm nak amik kete model lain
Boleh
Hi encik. Saya nak tanya, kalau monthly kereta yang perlu dibayar adalah RM480 utk tiap bulan selama 9 tahun. Tiba lah ada beberapa bulan tu saya nak bayar lebih contoh RM600 mahupun RM1K boleh ke?
boleh
Loan sy bank tak lulus sbb SA dh register kereta dulu..bank xnak terima .apa yg perlu sy buat?
Nak tanya, kalau saya berhenti kerja selepas loan approve, dah bayar downpyment and kereta dah dpt ada effect apa apa ke?
effect kalau bank call balik company untuk buat employee verification sebelum register kereta or sebelum disbursed.
Dealer dah bagitahu loan kereta baru dah lulus tapi belum sain lah tapi saya nak tukar pesona dari saga berapa lama prosesnya pula dan akan timbul ka isu loan tiba tiba tak lulus pula saya tanya dealer tue dia tak jawab pula apa masalah lambat
if ada perubahan dari segi pekerjaan & income, itu akan pengaruhi approval. but if tak ada apa2 then selalunya okay saja.
Loan saya dari Toyota Capital dah lepas. Agreement tak sign lagi. Kereta dah ada. SA dah daftar insurans kereta tu. SA suruh bayar downpayment 15K untuk register kereta. Lepas siap semua dia akan hantar ke rumah. Proses ni betul ke? Walaupun agreement belum sign, downpayment dah boleh bayar? Risau pulak lepas bayar downpayment kereta tak sampai pada saya.
boleh register tapi nanti dealer akan register as cash buyer. seeloknya ikut step2 beli kereta. sign agreement > bayar dp > register kereta > ambil kereta.
Nak tanya, loan dah lulus, tp SA suruh bayar deposit dulu utk dorg buat insuran, k1, kastam,ehak, kalau tiada payment mereka x dpt buat apa2 dlu. Sain agreement katanya nanti masa ambil kereta..Boleh ka mcm tu atau sepatutnya sain agreement dlu lps tu baru deposit..
tak. jangan ikut lagi2 bila minta payment ke account sa bukan ke account dealer.
If dah sign agreement.tapi pihak bank suruh settle tunggakan personal loan di bank lain.mcm mna tu..
Sekarang full loan kereta,bnk mmg ad minta advance payment ke? Yg pelik dia srh byr transfer pegi personal acc. Bkn auto deducted dekat acc eh
saya tak faham soalan. ada je bank mintak advance payment 1 bulan. and untuk auto deduct, bank suruh bukak saving acc then nanti auto deduct dari situ je.
Salam cik..loan saya sudah lulus tp belum sign agreement..saya hendak tukar ambil kereta yg lain..adakah ia tidak merumitkan pihak bank dan adakah saya perlu tunggu lagi dan bagaimana booking fees saya yg sudah dibayar?
Waalaikumusalam,
1) tiada masalah pada pihak bank, kalau dah sign agreement pun masih tiada masalah.
2) booking fee jika new car, dealer kena pulangkan balik. Jika tuan beli used car, itu atas pertimbangan dealer used car tu and deal awal tuan dengan dia macam mana.
Hye admin mak tanya .. kalau agreement dah sign , then SA cakap no chasis semua dah dpt tapi tunggu lori hantar , so anggaran menunggu untuk kita terima kereta berapa lama ya tq
7-14 hari bekerja
Salam, admin, kalau SA kata kereta readystock.. dh sign agreement, tp SA kata tetiba xde pulak..blh ke cancel agreement yg telah di sign di bank
agreement tu sebenarnya tak ada apa pun. nak cancel boleh, nak biarkan saja pun boleh.
Salam encik .saya dah sign agreement dan dah bayar downpayment tapi SA kata duti eksais tak lepas lagi..kenapa boleh jadi macam tu ye .kereta dah ready tapi tak lepas sebab duti eksais tak settle lagi..duti eksais sebenarnya diuruskan oleh pihak dealer atau SA?
Salam encik, SA inform saya yg kereta dah ready untuk dibawa lori ke showroom. Apakah proses seterusnya dan berapa lama kena tunggu utk dapat kan kereta?
Proses seterusnya adalah register kereta tu. Lama nak tunggu tu, first verify whether betul atau tidak dah dapat kereta. minta engine dan chassis number. kalau ada betul la tu. then register la. proses dalam seminggu dua selesai.
saya nak tnya..saya dh sign agreement tpi SA ckp tgh tnggu ico bulan nih..apa mksud tu ya..pstu saya chat untuk tnya kereta bila dpt tkdk respon😢
ico tu list kereta yang hq bagi bulan ni. ada que untuk setiap model. contoh. jika myvi advance warna merah masuk 5 unit, customer que 6 orang. so orang yang ke-6 tu akan jadi orang yang que first next month la. untuk bulan ni dia tak dapat, bulan depan ada high chance dia dapat.
Nak tanya, klau beli kereta baru pun kena bayar booking kereta jgak ke?
Lepastu duit booking tu kena bayar kat dealer then downpayment bayar kat syarikat.
Betul ke?
Dealer dan syarikat tu bukan benda yang sama ke? konfius saya sekejap.
saya beli kereta baru,bank baru je call petang tadi untuk pengesahan details..selalunya kalau under cimb berapa lama loan nak lulus ya
ini sangat general. ada cimb lembab, ada cimb laju.
Salam Admin, saya kurang jelas berkenaan insurans kereta. Kalau saya pemilik kereta pertama, adakah saya kena cari service insurans kereta mana saya berminat selepas dapat kereta?
Waalaikumusalam. Tahun pertama, insurance dalam loan. Nak pilih insurnce mana boleh request pada dealer. Tahun kedua dan ke atas, ikut kit nak pilih bnk mna.
Bayar DP kepada siapa ? Bank atau pun Dealer (Honda/Toyota etc) ?
Bayar dp kepada dealer. Bukan bank. If direct case (beli terus dari owner), then baru bayar pada bank. then nanti bank akan beri pada owner.
maksud encik kepada dealer tu, kepada private coount bank dia ke mcm mana ye? sbb ada terbaca jangan sesekali bayar ke private account dealer.
dealer = syarikat, salesman = perseorangan. Jadi make sure bayar kepada syarikat di number akaun syarikat bukan kepada saving account salesman.
Salam encik saya nk tanya..jika loan saya sudah lulus & saya sudah sign agreement..saya hendak tukar ambil kereta yg lain..adakah ia akan merumitkan pihak bank?
Jiika saya cancel loan & submit loan yang lain utk kereta lain ada masalah ker utk kelulusan loan akan datang?
tak ada apa yang rumit. boleh je proceed.
Terima kasih admin.
sama-sama 😀
Assalamualaikum tuan, kalau mcm saya no enjin dan chasis dah ada, tapi kereta tak sampai sampai lagi. Kereta dah register. Agak-agak berapa lama kereta boleh sampai
tunggu kereta dari kilang hantar ke dealer, itu ambil masa 3 hari selalunya.
bang saya belum sign aggreement …adakah akan tersangkut kereta yangsaya booking ataupun tidak
tak sangkut. tapi melambatkan proses nak register nanti. agreement tak apa sign. if nak sign banyak2 bank pun tak kisah.
Salam bang, minta maaf, harini SA wasap beritahu loan baru saja lulus dari AMBANK. Belum sign aggrement apa2 lagi , baru je lulus. Ini first car and first loan saya.. pada pendapat abg, berapa bln kita kene tunggu kereta utk ready siap dan bole pickup dengan roadtax apa semua tu? Sbb agak urgent nak pakai?
Salam, nak Tanya boleh? Berapa lama bank call lepas submit dokumen?
Lepas tu berapa lama dapat result loan lepas kena call?
bergantung kepada bank dan marketing officer. ada yang cepat, ada yang lembab. standard seminggu dah tau keputusan.
tuan, contoh SA inform kereta dah ada and akan dapat dlm next week. tp sebelum tu akan daftar ke JPJ dahulu. baru proton akan hntr ke showroom. means no chasis dah ada ke or belum?
Assalam, abg, nk tnya, kalau kita da sign agreement . Brapa lama tempoh agreement tu valid? Atau kne submit semua kalau kereta masih belum dapat? Jika booking kereta dan perlu tunggu melebihi 3/4 bulan, adakah aggrement yg sudah di sign itu terbatal, dan perlu submit semula?
Salam,loan saya mohon direct manager bank,SA ckp manager boleh luluskan..sekarang manager bank kata pending approval from hq..apa maksudnya tu …agak2 betul ke boleh lulus?
meaning tunggu manager hq bagi decision whether approve or reject. manager branch tu tak cukup kuasa nak buat decision based on your scoring.
Assalamualaikum tuan.. Ada org kata bleh lulus loan undertable.. Bleh percaya ka?
Waalaikumusalam. No comment haha
Salam bang,loan kreta dah lulus,gambar kreta dah ada,tp car dealer cakap kena bayar insurance and roadtax untuk daftar jpj,proses beli kreta mmg mcm tu ke bang?
kalau loan amt tak cukup nak tanggung otr price, kena bayar amt yang tak cukup tu.
bang , mcm mne nak tahu dealer tu sah ke tak sbb sy google company dealer tu tk ad pun . tpi dia ad bagi surat ssm and gambar dia delivery kereta . Boleh percaya ke mcm tu ? sbb ni luar negeri
check dealership di lokasi mana. kalau dealer akan ada lokasinya.
Tuan, kalau saya dah sign agreement bank, boleh ke cancel untuk beli dkt dealer tersebut? Sebab lama sangat saya tunggu stock tak sampai sampai. Ingat nak ambil brand lain je.
boleh
SA bgtau saya semua dah settle cuma menunggu delivery kereta. Itu biasanya berapa lama ya?
bergantung kepada model kereta. tak ada jwapan tetap untuk soalan ni.
saya dah bayar downpayment agent kata chasis dan engine no dah ada. saya tengah masuk tender no plate tapi dlm 3 hari lg bru tutup. agent push ambik running number tak boleh tunggu dah kalau x kereta tu bagi orang lain. betul ke rushing macam tu sekali. bukan kalau da ada chasis no tu makna kereta da allocate untuk nama kite ke.
ya betul. selalunya manager akan push sa untuk cepatkan sebabnya kereta tu manager just boleh pegang berapa hari saja. So dia akan standby few customer untuk 1 stok kereta. Sebab tu kena selalu bersedia dengan agreement dah sign, tender number dah ready, downpayment dah ready.
Salam tuan,saya dah sign agremeent loan kereta dkt bank,bila tempoh masa untuk dapatkan kereta proton
Waalaikumusalam. General sangat soalannya. Banyak faktor yang tentukan kereta cepat atau lambat. Contohnya size dealer, que panjang ke tak, model apa, open colour ke tak dll.
Perkongsian menarik. Terima kasih..
Hari ni dealer call setelah hampir 3 bulan menunggu. Ingatkan nak bagitau kereta dah sampai. Rupanya Dealer suruh ambik colour grey . Kalau nak colour putih, lambat lagi..
first memang order colour tu. Kemudian setelah dua ke tiga hari call dealer semula UTK tukar colour putih.
Stress betul la …
Sedang menunggu PROTON IRIZ pearl white.
first, tahniah sebab kereta baru. second, mmg macam tu la adat nya. siapa yang open kaler lagi cepat sikit dapat kereta. tapi kalau nak kaler yang kita pilih then kena tunggu. Kaler pearl white tu berbaloi tunggu. Biar puas hati dapat kereta.
Salam admin, sy skrg berada di luar negara dan bercadang untuk beli kereta. Soalan sy, jika loan lulus, untuk proses sign agreement adakah dibolehkan melalui online? Atau dokumen dikirimkan pada individu lain? Memandangkan sy akan pulang ke Malaysia dalam beberapa bulan lg. Dan sy pun nak proses berjalan cepat sebab nak dapat kereta sebelum raya. Terima Kasih.
kena sign sendiri plus nanti ada identity verification. takkan nak kerat jari scan biometric
Salam bang. Utk dp tu bila kena byr?Time kereta dh ada kt showroom @ bila lps sign agreement dgn bank..
selepas engine chassis number dah dapat.
Salam hi. Biasa berapa lama ye nak dapat no chasis? Dan berapa lama proses seterusnya untuk kereta sampai ke kita?
Waalaikumusalam. Depends pada waiting period. ada brand masing2 keluarkan official waiting period berapa lama. refer sa
Salam En.. kalau semua dah Approved dari bank. pihak kereta akan minta silp gaji lagi ke sebelum sign agreement ? Atau x perlu?
Waalaikumusalam. Jika bank minta, then kena bagi la. Lagi2 kalau nak renew lou.
Hi Admin, kalau dah sign agreement bank, tapi stock masih tak sampai, boleh ke nak cancel and pergi dekat dealer lain?
boleh tapi kena cancel dengan dealer sedia ada dulu.
berapa lama kereta akan dapat setelah dapat no chassis
lepas dapat engine chassis number > registration process > delivery. Dalam 1 week or 2 weeks boleh settle.
Kalau dh byr down payment Dan dh sign agreement, bila boleh dpt kereta?
Tanya SA waiting period kereta bila
Wajib ke kena booking fee?
booking fee bergantung pada dealer, ada yang wajib ada yang tak. but buat masa sekarang ni kebanyakan ambil booking fee untuk elakkan dari joy buyer. kereta pun ada joy buyer tau haha
Betul ke kalo lps 3 bln Kita kena renew blik aggrement…(Masih blom dpt kereta)
orite, sebenarnya agreement tu terkait sebab approval tu kena renew. So kalau approval baru, agreement baru la.
salam tuan..nk tanya..insurance termasuk sekali dngn loan ke..sebb downpayment saya dh ready..cuma SA call saya tempoh hari..ada bayaran tambahan..seperti insurance dan lain2..and kalau betul ada bayaran tambahan tu..biasa nya bayaran tambahan tu berapa rm ye..btw saya amik produa bezza..tq tuan
waalaikumusalam. ada bayaran tambahan jika add on windscreen, special perils dll
salam admin, baru2 ni saya ada membeli sebuah kereta dan loan pun dah diluluskan. tapi setelah saya sign agreement, selang seminggu sale advisor saya call bagitau sy saya perlu mebayar sebanyak rm1250 untuk insurans sebelum meyerahkan kunci kereta kepada saya dengan alasan pihak bank terkurang summit amaun loan saya. Boleh ke perkara macam ni berlaku atau sales advisor cuba mengambil kesempatan menipu saya? Trima kasih.
Waalaikumusalam, rasanya dia salah bagitau kot pihak bank salah kira insurance. calculation awal masa tunjuk pada customer itu secara general saja. Lepas tau insurance dll, barulah details calculation boleh dibuat untuk tau harga sebenar kereta dan berapa downpayment kena buat. rasanya ada article saya tulis pasal calculation kereta, boleh rujuk situ.
Salam admin, saya dh dpt no chasis, no plate, geran, tapi kereta masih belum deliver ke showroom branch, dokumen kereta dpt sbelum raya lagi . normal ke?
Waalaikumusalam, dah kenapa kereta tak dapat lagi? VDO dah sign ke belum?
Sy dh lulus loan, dh sign agreement lps 3 bulan lulus loan. then masuk ke4 bulan tunggu kereta , bank nak review dokumen balik. kenapa ye? terus kalau ada perubahan kerja dan income, approval loan tu boleh terbatal ke atau macam mana erk ? pening pula.
Selalunya approval 3 bulan je then kena renew balik. If bank minta docs meaning dia akan review balik. If pada masa tu tak lepas, then loan akan direject.
saya sudah 3 minggu tunggu kereta proton saga keluar.
loan dah lulus dah sign. dp pun saya dah bayar.. belum dpt lagi chassis number dgn engine
dealer kata saga ada update facelift sejak awal May 2022.
saya kena tunggu lagi ya nii 😀
tahun ni tahun menunggu. semua orang tunggu dan tunggu lagi haha
Kalau saya dah sign agreement and tgh waiting list kereta baru, boleh tak saya nak cancel loan tu?
boleh. sign agreement tu takde apa2 makna sebenarnya selagi loan tak disbursed.
Tuan admin, saya dah booking kereta bulan 5 lagi dgn SA dan dah sign agreement dgn bank untuk loan kereta dgn request deposit to be rm10k. Tapi disebabkan saya selalu outstation, the loan kena renew sebab dah lebih 3 bulan dan sekarang bulan 12 dia suruh renew loan lagi dgn bank. Tapi saya berubah fikiran tentang downpayment,,dan saya nak byr 10% sahaja as deposit,,boleh ke saya request dgn SA untuk modified lagi loan agreement kereta saya ya?
boleh
As salam ….sy dah sign agreement . Nak masuk 3 bln dah kete tak dpt lagi, SA mtk extend smp bulan 6 pulak…sy dah tak bole tunggu…sbb lame sgt buat nye bulan 6 x de stock, kene tunggu lagi…so sy nak cari kete lain…ade mslh tak ? Terima kasih.
tak ada masalah pun.
SA bgtau kereta akan ready dalam 3 bulan…sy ada suruh dia cepatkan proses untuk submit loan ke bank sbb risau OPR makin naik…tapi dia cakap kereta tak ready lagi buat ap nak kalut?Soalan sy…if bank approve kita contoh rate 2.5 bulan January tapi kereta sampai bulan May…dalam masa yg sama OPR naik (contoh) adakah rate sy akan maintain 2.5?sy request untuk fixed rate loan. Harap tuan dapat membantu
selalunya rate tetap akan maintain 2.5
Loan agreement bank perlu thumbprint tidak? Sebab mykad chip ada masalah.
perlu. tapi kalau tak boleh jugak boleh je bagi proof lain macam birth cert or passport. tengok bank nak macam mana
Salam admin, SA submit loan di Hq Maybank, dh lulus and hq mtk bank lain assist. Jd sy sign dkt bank yg hq arahkan. Jd utk proses disbursemnt blh x mtk hq yg settle walau sign agreement bukan under hq.
Waalaikumusalam. Boleh
Saya dh sain agreement dgn bank dn dh byr insuran..SA ckp sudah ada dan dlm masa seminggu akn dpt keta tp dh lbh seminggu masih belum dpt lg.. Mcm mn ya?
dah ada engine chassis?
Salam admin, SA saya bagitahu loan bank saya dah lulus pada bulan 3 baru ni. Tapi saya tak ada sign apa apa agreement sehingga ke hari ini (21/6/2022). Itu dikira waiting list ke macammana ye?
Waalaikumusalam, if ada nama dalam sistem, then booking dah lah and tunggu dalam waiting list. cuba tanya que no berapa.
Salam, saya nk tanya normal ke kalau engine chassis number kereta belum dapat lagi tpi time nak sign aggreement bank, saya dah start kena bayar ansurans bulanan dekat bank. Bila saya tanya dekat SA dia bgitau waiting time 3,4,5 bulan tapi kena saya still kena bayar yang bulanan sedangkan saya belum dapat kereta lagi?
Waalaikumusalam, tak normal. In order to bayar bulanan, loan kena disburse. In order for loan to disburse, awak kena sign Vehicle Delivery Order (VDO). In order to sign VDO, kereta mesti dah delivery pada awak. In order for kereta deliver pada awak, kereta kena register. In order for kereta nak register, engine chassis mesti ada. So, ada 2 benda kena check. First check dengan bank, macam mana boleh disburse sedangkan VDO pun awak tak sign lagi sebab kereta tak dapat. Jika bank cakap dah, then minta engine chassis yang confirm akan tercatat dalam file. Second, pergi dealer and confront what the hell is going on?
Salam tuan nk tya..masa sign agreement ada kena thumbprint tak??sbb jari sy mmg susah detect jari berpeluh tp kad ic tiada masalah
kena thumbprint masa sign agreement.
Waalaikumusalam
salam,kalau nk register dekat jpj memang masalah ke?maksudnya akan take time lama
Akan ambil masa 2 3 hari. Ehakmilik kena settle dengan bank, then baru boleh register. Register sekejap saja kalau jpj tak offline.
Hi cik saya nk tnya normal
Ke agreement da sign tapi kereta kat tgn xdpt lagi . Tapi duit, bank da disburse kat perodua pada 17/3/2023 , first installment saya 17/4/2023 padahal kereta xdpt kat tgn lagi.
tak normal. sepatutnya dapat kereta > customer sign vehicle delivery order (vdo) > dealer sent invoice + vdo pada bank > bank disbursed > then next month baru start first installment.
Salam Tuan, maaf mungkin soalan tak berkaitan, D/P saya dah buat hari jumaat, adakah proses registration dari HQ dan eHalMilik oleh JPJ & Bank akan dilakukan pada hari sabtu ahad ? sebab SA inform kereta dah sampai kt showroom
Waalaikumusalam. sabtu ahad tak buat kebiasannya. Selalunya kalau urgent kita register je dulu sebelum sabtu ahad even tak dapat downpayment lagi tapi kena tengok customer la. customer yang boleh dipercayai je kita register dulu.
baikk Tuan, thank you on your response !
Loan sy dah lulus ,agrement pon dah sign tp bila tanya SA dia kt chasis no yang baru belum dapat sebab yg ada sekarang chasis no lama.Saya beli saga standart auto.Katanya chasis no yg lama tu untuk model standart mc1,yg sy bl ni adalah model mc2, jadi kena tunggu hq bagi yang baru.Downpayment pon say adah bayar dekat dealer.Dalam isu ni boleh ke untuk saya cancel loan tersebut dan dalam masa yang sama untuk saya dapat balik refund downpayment yangg saya dah bayar.
boleh cancel dan dapatkan balik downpayment tu. Make sure jumpa manager terus.
salam encik,
saya kurang faham apa maksud on the road price without insurance dengan on the road price with insurance.
baru-baru ni saya order kereta myvi AV. saya ada nyatakan nak bayar deposit 20%. mengikut katalog yang diberi, harga OTR without insurance RM58,800 manakala harga OTR with insurance RM60,732.31.
Yang jadi persoalan, mengapa pihak bank hubungi saya menyatakan loan yang dibuat atas nama saya adalah sebanyak RM48,500 sedangkan saya dah bagitau pada SA nak buat deposit 20%. bukan ke jika difikirkan nilai yg perlu saya tanggung (LOAN) adalah sebanyak RM47,040 (selepas tolak RM11,760(20%) berdasarkan OTR without insurance-belum termasuk booking fee rm100)?
mana 1 yg perlu saya rujuk jika nak buat bayaran deposit tu nanti?
(utk pengetahuan encik, saya dah bayar booking fee RM100 pada SA)
pada pandangan saya, loan yg saya buat harusla diambil pada kiraan OTR without insurance kerana saya membuat pinjaman bagi tempoh 9 thn. mengapa perlu saya bayar bank mengikut harga OTR with insurance utk tempoh 9 thn sedangkan tiap2 tahun saya perlu renew insurance saya dengan agen insurance lain.
Bantu saya utk lebih faham cara kiraan tersebut. terima kasih
SA itu betul dan awak salah faham. Konsepnya macam ni, awak beli product mestilah bayar harga product semasa itu. Betul? Untuk kereta boleh bergerak atas jalan, mestilah ada insurance sekali pada tahun yang pertama. Jadi harga total mestilah body + insurance. Bank sebagai pemilik sebenar (bukan awak), tak akan nak bagi kereta dia bergerak tanpa insurance di atas jalan. Betul? Jadi harga purchase mestilah harga semasa iaitu harga body + insurance.
Katakanlah dalam fantasi, awak loan body kereta saja. Awak still nak kena beli insurance untuk tahun pertama betul? Jadi tambah tolak sama saja.
If nak loan kurang, call bank dan minta reduce loan amount ke RM47,000.
Deposit nanti still sama (Body + Insurance) – loan amount = jumlah deposit awak kena bayar.
Salam admin, nak tanya pendapat. Saya order ativa merah, tapi bila hari delivery saya tengok yang dah sedia warna putih dan dah didaftar atas nama. Setelah dikaji mmg salah SA sbb cuai. Saya x nak sign VOD dan skrg SA paksa saya terima juga kereta. Dimana saya boleh buat aduan?
First, make sure your bank tahu yang u tak nak sign VDO. Ini sangat penting kerana SA yang terdesak boleh saja tiru signature anda. VDO itu saja doc yang tinggal dan diperlukan oleh bank untuk disbursed duit pinjaman anda kepada dealer. Bila dah disbursed, monthly payment akan berjalan dan tidak ada apa yang anda boleh buat. Even cases still berjalan anda still kena bayar monthly payment tu. If tak bayar, ccris akan adverse.
Second, anda masih ingin teruskan niat untuk beli dengan dealer itu atau tidak?
Jika tidak ingin teruskan, call bank dan tukar dealer lain tetapi anda terpaksa que semula dan for sure SST tax akan ada.
Jika ingin teruskan, call bank maklumkan condition anda. Call manager dealer tersebut dan maklumkan keputusan anda. Call Perodua HQ dan report. Stok kereta tu mereka tak boleh delay lama jadi hanya tunggu masa sehingga mereka mengalah saja dan aturkan anda di untuk masuk que semula.
Ini sahaja yang saya boleh cadangkan. terima kasih.
salam tuan, slepas sign agreement dgn pihak bank.. deposit sy perlu bayar ke pihak bank atau akaun kedai?
Waalaikumusalam. Bayar deposit selepas ada engine dan chassis bukan selepas sign agreement. Deposit dibayar ke current account dealer tu bukan atas personal account sales advisor. Jangan buat kesilapan ye. If anda transfer ke akaun personal sales advisor, if jadi apa-apa, end of the day duit nya tak dapat balik sebab u willing to transfer with your consent.
Helo admin, mau tauu ni saya ada loan kereta di aeon , mereka suda call saya untuk pengesahan (process aproval) katanya 3 hari saje kalau aeon bagi result tp ni dh smpi lebih seminggu dh take bgii answer lgi😅 kanpe tu ye ?
Bank laju ke slow bergantung pada branch/officer.
salam tuan, saya ingin ajukan soalan, harap tuan dapat membalasnya,,
saya booking kereta dicember 2021, loan kereta lulus pada 24 jan 2022,, loan limit 6bulan sahaja dalam proses menunggu kereta..
dan tiba tiba saya mengandung,, saya ada alahan sangat teruk sampaikan saya terpaksa berhenti kerja untuk berehat,, secara tidak langsung,, pihak proton call saya pada 25 july 2022..
dimaklumkan bahawa loan saya sudah expired (24 jan 2022 – 24 july 2022),,dan meminta saya slip gaji baharu,, saya buat loan kereta gerentor suami saya,, suami masih berkerja (dan lebih dari mampu).. ikutkan kereta nak beli atas nama husband memandangkan husband tak punya lesen, bank terbalikkan letak nama saya 1st…
jadi disini soalan saya,, saya sudah tidak berkerja,, dan macam mana saya hendak renew loan kereta,, bolehkan submit payslip suami sahaja? adakah bank ada cancel loan saya and tak bagi beli kereta??
Waalaikumusalam Bank akan cancel. Kena cepat2 buat loan dengan bank yang accept customer tak ada lesen. Contohnya bank rakyat, ambank, bsn
Salam, nak tnya selalunya brapa masa nak dapatkan engine dan chassis kereta selepas loan diluluskan ? bole mintak no chassis tu sebelum atau selepas downpayment ?
Depends pada model kereta. Ada yang sampai 8 9 bulan tak sampai2. Minta sebelum beri downpayment.
Hi nak tanya kalau loan dah lulus dan dah sign agreement tapi kereta belum ada lagi. Agreement to valid 3 bulan sahaje ke? Kita kena renew balik ke?
If renew LOU saja, then tak perlu sign. If buat balik loan, then perlu sign.
Assalamualaikum..nak Tanya..nak sign agreement ni perlu bawa apa2 ke..
Waalaikumusalam. IC wajib.
Salam saya nak tanya, sbb loan saya dah lulus dan dah sign agreemnt pada july lalu, smlm dealer call kata kereta dah sampai. Oleh sbb kereta tu saya kena shipping ke sabah makan cos yg agak tinggi dan ada urgent commitment,. boleh tak kalau saya minta jasa baik simpan dlu kereta tu kat perodua sampai tarikh shipping..
Boleh saja tapi dealer akan minta sign VDO la so that loan boleh disburse.
salam tuan , nak tanya boleh ke deposit kita bayar ke dealer secara cash di showroom?dan perlu mintak resit ke?
Waalaikumusalam. Perlu minta resit. Jangan silap pula resit dengan vso ye.
Kereta kana tunggu stock..bank sudah call sain agreement..perlu ka sy sain agreement dulu
sign agreement tak ada apa2 effect pun. tapi ia akan mudahkan urusan masa stok dah dapat. takdela kalut semua orang masa tu.
assalamualaikum, nak tanya. loan dah lulus harini tapi saya ada nk buat ncd guna insurans kreta lama. biasanya bila penukaran ncd tu perlu dibuat ye? lepas dpt chasis nombor ke atau sebelum?
Waalaikumusalam. Lepas dapat chassis nanti. Sekejap saja nak withdraw ncd.
assalamualaikum,admin saya dah sign agreement dan sa pun dah cakap yang kereta dah ada,no plate pun dah tanya,cuma nak tahu kalau kereta dah ada ambik masa berapa lama untuk delivery dekat kita!! saya macam risau jer bila dah sign agreement,sa oun dah cakap kereta dah ada tapi nanti tak sampai2 kereta takut saya dah kene start bayar je bulan2ðŸ¤
Waalaikumusalam. SA cakap kereta dah ada? Minta engine chassis number kalau betul. Sign agreement tu tak apa. Sign la 10 bank pun, selagi tak disbursed (Bank received VDO yang u sign), selagi tu monthly payment tak start.
Salam tuan. Loan saya baru approved (Full loan). Tapi masih tunggu bank arrange sign agreement. Nak tanya ada apa document saya kena bawa sebelum pergi bank? ada apa charge semasa sign agreement?
Waalaikumusalam. Bawa kad pengenalan saja. Pastikan cip okay. Kalau ada auto life boleh bayar masa ni or nanti pun boleh.
Saya punya kereta sdh masuk 6 bulan belum sampai lg sehingga skrg..deposit sdh bayar..stress menunggu mcm ni
kereta memang lambat sekarang tapi awalnya bayar deposit? supposed dah dapat engine chassis baru bayar.
Salam Tn. ada dapat apa-apa info utk next Proton Models yang akan keluar ? Looks like you very knowledgeable pasal hire purchase process. InshaAllah saya akan apply dgn Tn. since you must be Proton SA.
Assalamualaikum admin, saya nak tanya. Saya belum sign apa2 vdo lagi tapi s.a ckp kena tunggu bank bayar duit loan saya kepada hq perodua. Normal ke tu ya? Sedangkan saya baca kat atas dia cakap bank akan bayar duit pinjaman saya dekat dealer lepas saya sign vdo? Mohon penjelasan tuan
Waalaikumusalam. Betul juga, sebab ada dealer yang dapat facility daripada bank. Lagi2 hujung bulan, banyak dealer akan guna cara ni untuk rolling cash beli kereta.
Salam nak tanya. Kalau buat loan kereta dengan CIMB, memang kena ambil sekali insurance nyawa ke? SA kata wajib bayar insurance nyawa utk tahun pertama. Kalau tak pihak CIMB tak akan benarkan kereta di daftarkan di JPJ. CIMB tak nak release code ehakmilik. Betul ke ye? Bukan insurance ni optional ke? Mohon pencerahan. TQ
Betul. Itu dah jadi wajib sebab loan awak lulus bercondition kan insurance. Kalau xde insurance tu, loan tak lulus.
Salam, nak tanya saya first time nak beli kereta dan first loan. Saya booking kereta bulan 10 haritu. Tetapi sampai sekarang still tunggu bank untuk approve loan. Adakah saya akan dapat lagi lambat kereta yang saya booking disebabkan belum ada approval loan dari bank? Atau kereta yang saya book tetap akan diproses di kilang walaupun loan masih belum approve? Saya agak risau sebab saya sudah ada no. plate untuk kereta dan expired date untuk no.plate tu bulan 5, 2023. Saya takut jika kereta yang saya booking jadi lagi lambat dapat disebabkan loan belum approve2.
Waalaikumusalam. Basically kalau booking saja tapi tak ada approval, dealer mmg takkan request kereta nya. Loan selalu boleh settle paling lambat pun sebulan. Standard seminggu dah tau result melainkan case tu susah. Kalau ikut que allocation, akan dahulukan siapa yang booking + approval dulu. So booking awal, ada advantage nya jugak la.
Salam encik, saya nak tanya sekarang kereta axia (saya model se) memang lambat hantar ke showroom? Chassis & Engine nombor dah ada, roadtax geran dah siap semua minggu lepas. SA kata tengah tunggu kereta sampai showroom saja. LOU validity sampai next week saja. Possible ke kereta dapat minggu ni juga?
Ya. Kadang2 memang lambat sikit. tapi selalu dalam seminggu je mesti dapat. kiraan ikut hari bekerja ya.
Kalau orangnya dah minta duit untuk payment roadtax insurans, maksudnya kereta sudah ada ke? Sebab saya full loan dan perlu bayar untuk roadtax insurans saja
selalunya macam tu la. nak confirm mintak engine chassis number.
Tuan, saya booked kereta bezza AV pada bulan 5 haritue and request dgn SA nak byr downpayment rm10k. Tapi disebabkan keadaan ekonomi yg dijangka merudum tahun depan 2023,,saya teragak2 nak spend byk tue untuk deposit kereta dan saya ingt nak tmbh saving untuk emergency pada tahun depan. Boleh ke saya request ke SA untuk modified loan agreement dgn bank,,maksudnya buat 10% deposit sahaja untuk bezza tu so cuma bayar deposit dlm 6k mcm tue?? Agreement dgn bank blom sign sbb kena renew lagi bulan nie sbb dh lebih 6 bulan.
boleh.
Hi, nak Tanya, saya ada submit dokumen kat dua dealer, dealer 1 nak submit kat syarikat credit, Dan dealer 1 lagi Kat bank, adalah ini akan mempengaruhi keputusan?
Dan 1 lagi, gaji saya layak, tapi saya takde lesen, Ade ctos Dan takde penjamin, tapi Ade lesen ibu(tidak bekerja) jika perlu, adalah peluang loan saya akan diluluskan? Atau sah takkan Ade chance?
Loan kereta saga je.
ada bank yang boleh lepas, aeon credit pun boleh lepas. janji layak dan ccris tak kosong.
salam hi. loan lulus bulan 6 hari tu then today bank call cakap kereta dah sampai tapi loan dah expired. dah submit documents baru & tinggal bank call sama ada lulus atau tak. persoalannya, kereta tu tetap ada atau past to others? down payment pun dah bayar.
Waalaikumusalam. akan tunggu jugak. but then kalau lambat sangat lulus boleh dipass pada others. kenapa tak settle siap2 renew loan kalau dah dapat anggaran bila kereta nak sampai.
Salam admin kalau saya dah lulus loan tapi bank approve tak seperti full loan dan saya perlu stdby duit around rm 1.4k , jika saya dah ada amount tersebut perlu tak saya sediakan duit yang lain semasa ambil kereta nanti?
Waalaikumusalam, bayar downpayment tu je. nanti masa ambil kereta tak ada apa perlu bayar dah.
Bank tak lulus kn loan sy sbb SA dh register kereta awal. Bank ckp tak ikut akad yg btl. Apa yg perlu sy buat..dh bayar dp. Bole tak sy nk dpt kat DP sy blik dan tukar dealer lain
macam mana boleh register jika loan belum lulus?
kalau loan dah lulus..tapi keluar design baru..adakah deposit akan naik..atau tetap seperti sebelum nie?harga kereta pun akan naik jgk kew??sbb sy dah booking kereta perodua axia tahun lepas..tapi saler kata bulan 4 akan sy dpt..maybe dapat facelift yg baru
depends. tapi selalunya jika setakat facelift takde naik harga. if banyak changes and price berubah, then akan naik harga.
Sya nk tnya klau semua step dh settle n kereta dh dpt tpy still x dpt agreement boleh ke start bayar loan bila bnk hntr notification start byar loan
boleh. selalunya agreement akan dapat sebulan selepas loan disbursed.
Hi bang, loan saya sudah approved dan sudah sign agreement. Saleman/saler cakap kereta akan keluar pada bulan 4 iaitu march, jikalau saya tunggu bajet hingga hujung bulan untuk buat pembayaran deposit adakah ini boleh atau mungkin ada effect? Sebab tunggu bajet hujung bulan.
Hi, boleh saja. Make sure tunggu sampai kereta ada baru bagi downpayment ya dan pastikan downpayment masuk account company bukan account personal salesman.
Assalamualaikum, nk tnya klau mcm PTPTN sya buat byaran ptongn gaji stiap bulan.. ypi msih Ade tunggakan.. Dan dlam CTOs pun 3,4 bulan tunggakan.. adakah sya prlu slesaikan tunggakan ptptn sbelum apply loan atau bleh trus saja Apply loan.?
Waalaikmusalam. Sebaiknya settle tnggakan dan dapatkan surat dari ptptn yang menyatakan tnggakan dah selesai.
Salam Admin,
14.06.2022, SA wassap loan lulus dan share details of loan dari Hong Leong bank.
Harga = RM 53,241
Loan Lulus = RM 52, 600
Markup Insuran = RM 240
Baki Deposit bayar dekat Dealer (Syarikat) = RM 881 (dan sudah dibayar).
21.06.2022, Agreement dekat bank dah settle sign. Selepas dari tarikh ni, SA takda update atau kongsi apa2 berkenaan dengan kereta.
17.4.2023, Bank call bagitau loan dah expired.. dan kena go through semula process loan application dari awal. Betul begitu ? Dan kalau betul, ada kemungkinan tak loan saya di reject oleh bank dalam proses baru ni ?
sekiranya loan saya di reject semasa permohonan semula ni, macam mana saya nak minta refund untuk deposit (RM 881) ?
Boleh atau tidak saya buat permohonan baru dengan SA yang lain sekiranya loan saya direject ?
okay. first thing, kenapa bayar deposit kalau engine chassis tak dapat lagi? and bayar pada account dealer atau akaun personal salesman?. if loan expired dan kena redo the whole thing, memang ada kemngkinan untuk case kena reject. for refund pula, kena minta dengan dealer. call manager dia ke. If nak buat permohonan baru dengan sa lain, boleh je.
bang kereta sy dah masuk ico listing sA ckap .. bulan ni dah masuk bulan ke 11 menggu myvi 1.5x🥲
lamanya, bila approve loan?
loan lulus bulan 2 2023. tapi saya dah booking 30/6/2022 saya check dengan perodua pun kalau ikut booking dah 11 bulan
macam melampau sangat lamanya tu. saya pun sabtu ni nak hantar myvi x.
Assalamualaikum Tuan.
Saya ingin mendapatkan kepastian jika loan bank saya sudah lulus adakah aggreement dgn bank perlu sign segera ataupun sign bila stok kereta sudah sampai?
Dan jika kita sudah sign aggreement adakah masih boleh cancel loan tersebut?
Mohon pencerahan tuan.
Terima kasih.
Waalaikumusalam. Depends. Nak sign boleh, tak nak sign boleh. Agreement tu tak memberi apa2 makna pun selagi tak disbursed duit. Kalau 5 bank kita sign agreement, dan ambil salah satu je pun xjadi masalah. The reason why dealer ask customer to sign agreement sekarang adalah disebabkan kita tak nak process registration tu lambat. Lagi2 melibatkan kereta yang waiting periodnya lama. Kalau dah dapat engine chassis, kita nak request ehakmilik dan seterusnya register. tapi kalau agreement tak sign lagi, bank tak keluarkan ehakmilik. Customer kadang2 tak boleh nak cuti dan terus lari pergi ke bank. Ambil masa lagi. Ini belum cerita lagi berkenaan cash flow untuk dealer. Kalau dealer dah gunakan duit dia untuk beli kereta dari brand, dia nak cepat2 dapat balik duit tu (disbursed) sebab ada kereta customer lain yang dia nak beli dari brand lagi. So kalau customer lambat sangat, then manager akan letgo pada customer yang dah ready sign agreement, tender number so that boleh register cepat2, deliver dan disbursed.
Salam Tuan,
Dalam proses nak ambil loan tu, normal ke untuk bank tanya details duit dalam akaun untuk membuat bayaran deposit?
Waalaikumusalam. Maksud tuan duit datang dari mana ke?
boleh fight balik refund deposit tak kalau, kita dapat tahu millage kereta mereka tipu. kedua, dalam resit apply loan tk sama dgn bank approved?
beli kereta baru ke second ke recond? resit apa yang kena sama dengan loan?
Hello, nak tnya. kalau SA ckp pending lou . Berapa lama nak tunggu ?
hi, depends pada bank apa dia hantar. ada bank laju, ada bank slow. dalam 3-5 hari bekerja selalunya.
Hi tuan..nak tanya due date tu maksudnya kalau bank bayar dealer 20-Aug, jadinya due date untuk kita bayar bulanan start 20-Sep?
Hi. Ya, selalunya begitu. But pls call bank untuk confirmkan ya.
Assalam, nk tahu, downpayment bayar lepas keluar no chasis ya?
Betul
Hai admin. Nak tanya. Saya booking kereta 5/5/2023 dan dah sign agreement 12/5/2023. SA bagitau kemungkinan kereta saya sampai dalam bulan 6/2023 dan dia juga bagitahu tunggu allocation kereta. Agak2 berapa lama tunggu allocate kereta tersebut ya?
Setiap model kereta lain waiting periodnya. Kena check dengan SA.
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya berkaitan dengan loan saya, sebelum ni saya maklumkan kepada SA saya bahawasanya saya inginkan Full Loan untk Proton Saga full spec, dan selepas beberapa hari saya dapati yang saya punya loan lulus dengan Full Loan
Yang menjadi pertanyaan saya sekarang ialah, harga Proton Saga Full Spec ialah RM46+++, saya tgk loan yg diapply under nama saya ialah RM40+++. Saya bertanya kepada SA saya kerana harga OTR berlainan dengan amaun loan yang lulus, saya bertanya kepada SA saya adakah saya perlu bayar depo sebanyak RM6K akan tetapi SA saya berkata saya tak perlu bayar RM6k tu
So macam mana sebenar prosesnya?
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya berkaitan dengan loan saya, sebelum ni saya maklumkan kepada SA saya bahawasanya saya inginkan Full Loan untk Proton Saga full spec, dan selepas beberapa hari saya dapati yang saya punya loan lulus dengan Full Loan
Yang menjadi pertanyaan saya sekarang ialah, harga Proton Saga Full Spec ialah RM46+++, saya tgk loan yg diapply under nama saya ialah RM40+++. Saya bertanya kepada SA saya kerana harga OTR berlainan dengan amaun loan yang lulus, saya bertanya kepada SA saya adakah saya perlu bayar depo sebanyak RM6K akan tetapi SA saya berkata saya tak perlu bayar RM6k tu
So macam mana sebenar prosesnya?
Itu harga markup. Macam mana sekalipun memang peraturan dari Bank Negara setiap pembeli kereta kena ada 10% downpayment. So dia dah markup harga kereta on paper so that nampak macam awak ada downpayment. Tak perlu bayar pun.
Saya ad buat loan untuk saga full spec…sy komfius dengan harga OTR dengan harga OTR + insyuran….harga OTR 44k harga OTR+ insyuran 46800….loan saya lulus 44k sahaja… advisor sruh saya tambah lagi dlm 2k…tak boleh ka saya ambik harga OTR sahaja?
Nak tanya.. apa yang saya faham/tahu saya perlu membayar downpayment saja sewaktu beli/ambil kerata.. soalan saya.. adakah kita perlu membayar insurans sewaktu mengambil kereta? atau insurans tersebut telah masuk sekali dalam loan?
Bayar downpayment sebelum register kereta bukan semasa mengambil kereta. Insurance termasuk sekali dalam loan kecuali jika ada ambil apa2 penambahan seperti windscreen, bencana dll.
Nak tanya. SA atau dealer boleh tahu ya bila akan dapat no chasis ya? Perodua mmg akan inform dealer bila no chasis keluar?
SA inform Perodua akan keluarkan no chasis minggu depan ahad dan minta standby sign agreement and DP.
Betul. Nanti perodua inform dealer bila dapat engine chassis tu.
Saya buat full loan dan SA kata ada baki yg company akan refund. Lama ke dia nk refund ? SA ckp dlm tempoh 30hari bekerja . surat disbursed dari bank pun belum dpt lg , tp dah dapat msg dari CIMB mengenai financing account has been disbursed.
lepas disbursed, bank akan pos agreement ke rumah. Refund tu bergantung kepada proses di company tu. Ada yang cepat, ada yang lambat.
nak tanya. kalau kereta dah sampai dan aggrment pun dah sign..tapi duit downpayment tak cukup macam mana yer?
boleh berbincang dengan salesman dulu untuk nego. atau let go dulu chassis tu dan tunggu downpayment cukup untuk next stock.
Hi, kalau loan dah lulus tapi sya tiba2 nak tambah downpayment mcm mna? Proses kelulusan tu jadi pambat atau dibatalkan terus?
tak redo balik, bank akan calculate balik and amend je.
admin, saya nak tanya. saya loan kereta kat selangor dan saya ada guna penjamin. penjamin tu adik saya dari sarawak. masa sign agreement sales advisor kata kena bawa penjamin saya tu sekali untuk sign. masalahnya sekarang saya bekerja di selangor dan penjamin saya dekat sarawak. boleh ke nak minta mereka pos surat agreement ke rumah saya kt sarawak and bagi adik saya sign sana saja. harap admin dapat membantu. terima kasih
boleh. asing-asing sign.
Assalamualaikum , saya ada beli kereta , dan downpayment 19k , saya dah buat bayaran dp lepas dapat chasis no , tapi SA tu suruh saya bayar rm15k dekat acc dealer untuk dp dan lebihan untuk buat separate insuran sebanyak 4k , normal tak ye ? Kereta minggu depan dah dapat katanya .
Waalaikumusalam. tak normal
Saya ad buat loan untuk saga full spec…sy komfius dengan harga OTR dengan harga OTR + insyuran….harga OTR 44k harga OTR+ insyuran 46800….loan saya lulus 44k sahaja… advisor sruh saya tambah lagi dlm 2k…tak boleh ka saya ambik harga OTR sahaja?
Formulanya: otr price dalam pricelist – insurance dalam pricelist = harga body
harga body + insurance baru = otr baru
otr baru – loan = downpayment
Assalaamualaikum tuan, saya nak tanya klu loan dah lulus tapi saya blm sign lg sbb nk tggu stock kereta ada dulu…bila kereta dah ada baru saya sign loan…blh ke cmtu@ sign loan dulu walau stock kereta blm ada….t.kasih
Waalaikumusalam. Boleh tapi kena make sure lepas dapat kereta segerakan sign agreement. sebab manager tak bagi hold kereta lama2. nanti hq tarik balik.
nak tanya, kalau SA kata nama kita dah naik untuk register kereta bulan nih maksudnya apa ya ? lepastu dia ckp dh boleh siap siap sign agreement dengan bank.
maksudnya dianggarkan kereta akan dapat pada bulan ni. jadi kena pergi sign agreement untuk mudahkan urusan register kereta nanti.
loan dah lulus tapi sy nak cancel booking n loan bole kan
boleh. buat surat dan hantar pada sales advisor anda.
salam tuan..nk tnya kalo selepas pmbelian kereta kita akan dapat sales n purchase agreement kan?klo kita xda agreement tu/hilang blh x nak mnta balik dr pihak bank?terimakasih tuan
waalaikumusalam. nanti bank akan pos agreement. if hilang tu, kena tanya bank balik.
Salam Tn. untuk full settlement letter bagi yg trade in kereta, owner sendiri ke kena minta dengan bank? sebab SA minta date expired letter tu lebih dua bulan, tp bank hanya bagi date sebulan shj sbb value akan jadi dh lain utk next month.
Waalaikumusalam. ya, customer deal terus dengan banker.
Hi saya nak tanya, adakah bank akan call company tempat kita kerja lagi sekali untuk confirmkan kita masih kerja di tempat yang sama sebelum ambil kereta?sedangkan bank dah call sebelum agreement lulus
depends. ada bank call sebelum keluar ehakmilik.
Hi, nak tanye i dah sign loan, kereta dah register on 16th Oct 23. Tggu ambil kereta on 22nd Oct. Seller suruh i sign VDO dulu..tapi husb ckp jgn sign dulu VDO sebelum ambil kereta..blh advice.
tunggu dapat kereta baru sign seeloknya. sa tu suruh sign sebab nak cepatkan proses disburse dari bank. ikut atas apa pertimbangan puan.
Hi admin, nak tanye saya apply loan bulan 9 masa tu ada rebate untk kereta sy beli then loan pun sudah lulus dalam bulan itu juga. Tapi stok kereta belum ada lagi SA kata Jan2024 baru dapat kereta and belum lagi sign agreement dan sudah bayar booking fee. Saya nak tanya masa saya collect kereta rebate itu masih Sah ke? sbb SA kata dia tak pasti . mcm mn eh
brand apa? kalau perodua selalunya akan honour rebate tu. melainkan ini rebate tak rasmi sa tu sendiri yang bagi.
Kalau kita dah dapat chasis ngan no body tapi kita nak tarik diri boleh ke?
boleh
Saya ada deal dengan SA kat Perodua Pandamaran Klang, so kalau nak servis kereta apa semua nanti memang nak kena pergi Pandamaran tu je ke? Ke boleh pilih servis perodua terdekat?
boleh servis dimana-mana yang dekat dengan kita.
Saya ada deal dengan SA Honda, kalau bank dah mintak detail atau sebagainya, kena tunggu berapa lama ye untuk lulus?
tengok bank apa yang dia hantar. ada bank laju, ada bank slow
Beli kerete otr..just bayar fee 150..tiba2 SA mintak lagi rm500 katanya ada bayar utk insurance..tapi tiada bil/invoice..just direct ke personal account..meragukan.
ya meragukan..supposed bayar ke akaun dealer sahaja. cuba minta resit dengan dia. bukan vso ya.
bang, kalo dalam app ufirst status delivery process, aggrement dah sains no chassis/engine dah ada, insuran roadtax pun dah ada, berapa la pulak kereta boleh pickup ya? sebab SA tak bagitau apa-apa lagi.
3 4 hari boleh dah tu
Hi nak tanya, status kereta baru dah dapat sijil pendaftaran sementara. No. running plate Masih boleh tukar atau tak? Silap saya sebab tak buat research tentang running plate dan booking plate😢
Dah tak boleh
Kenapa i check CTOS, status T, (pinjaman approved, cuma perlu persetujuan pelanggan). Tp bila call salesman dia kata tunggu bank approve??…..i confius. Lama tunggu dah 3 minggu.
Kadang2 approve tu ada condition or kena cut loan. so nak kena cari better loan
Hi nak tanya,kereta dah register, deposit pun da settle,perodua da htr invoice kat bank,tpi masih tunggu result disburse.Akan effect ke loan kereta tu kalau time tunggu disburse,sy submit utk loan peribadi?
Sama saja sebab kat ccris dah keluar awak dah accept hire purchase loan. so bank yang awak nak buat personal tu akan tau jugak.
Hi..SA minta saya transfer duit ke akaun peribadinya. Bayaran untuk withdraw NCD. Betul ke?
Kalau awak ambil service dia as runner untuk withdraw ncd then bayar pada akaun peribadi dia.
Nak tanya, kalau salesmen tu minta kita bayar duit roadtax rm500 sebelum dapat kereta betul ke?
if roadtax saja tak betul la, tapi jika insurance dan roadtax betul la tu.
Salam Tuan,
Loan saya da approve tapi SA suruh tgu kereta sampai dulu. sepatutnya saya kena tgu kereta sampai dulu atau sign aggreement dulu ya?
Waalaikumusalam Ina. Dua2 pun boleh. Macam saya, saya akan suruh customer tunggu dulu sebab kalau kereta yang waiting periodnya lama, nanti nak kena renew approval balik..then nak kena sign balik. so tak nak dua kerja yang menyusahkan customer.
Salam tuan,
Laoan saya dah approved and dah dapat kereta. Ada any efect ke dkt loan saya if saya berenti kerja after 1-2 weeks dapat kereta?
Waalaikumusalam. Make sure loan dah disbursed dulu baru berhenti kerja.